Monday, 23 December 2013

lebiu ibu iteww

Posted by azira rahman at 23:47 2 comments Links to this post
Salam...

Aku sangat happy sekarang. Yelaaa even dok sensorang pun boleh sinyum2,maknanya happy betul la tu kan..almaklum laa baru lepas cakap dengan ibu iteww.

Cara ibu cakap buat aku betul2 excited nak bertunang. Actually,untuk tunang tu aku memang takde plan ape2 pun untuk baju since die pun cakap "xpayah laa baju,pakai ape yang ade je"

So,memang tak kesah laa..pedulik laa if orang nk kutuk baju tunang aku cikai ke ape..aku ke ngkorang yang betunang??wakakaka..

Sekejap je rase camtuh. Bile ibu dah offer nak buat dress untuk tunang aku tu terus rase cam "vah vah vah"..cara die cerita tadi cam mewah betul ni baju aku.

"Ibu nak beli lace mahal,nak jahit manik,halfmoon ibu buat sebab nak bagi matching dengan baju ko. Warna cream atau putih ye sebab memang itu je kaler untuk tunang.dress labuh macam ko tunjuk tu"

Fuhhhhh.....i lebiu ibu lebih aaa......siyez ibu,xtipu punya.

Actually ibu tak berapa setuju pun aku nak tunang, sayang kot nak lepas anak die ni. Tapi last2 die lak terlebih excited. Silap2 siap ade pelamin tu nanti. Bukan boleh percaya sangat tu..nampak benor excitednye.

Tq ibu...lebiu lagi

Sunday, 22 December 2013

i am taken

Posted by azira rahman at 18:43 1 comments Links to this post
Salam...

Harini dengan happynya aku nak announce yangggg I AM TAKEN!!!

Alhamdulillah....

Allah dah janjikan..setiap kesusahan akan didatangi kesenangan,kegembiraan. Ehem kisah nye begini.....

Aku kenal dengan dia sebagai kawan,kawan biasa ke kawan untuk berkongsi cerita,meluahkan masalah..kemudian jadi kawan rapat,terlalu rapat sampai aku begitu yakin yang dia akan sentiasa ada untuk aku dimasa susah atau senang. Yakin aku kukuh sangat,and sebab keyakinan aku kat die laa buat aku putus cinta.tapi aku terima,tade jodoh kami.

Aku lansung dah tak ada hati nak cakap pasal cinta kawin and what so ever ni lepas aku break up. Ayat pasrah aku 1 je

"Ala..pekerja rumah orang tua kan banyak nak jaga aku nanti"

Sampailaaa 1 hari dia propose aku..bukan untuk jadi awek dia..but jadi teman hidup dia. Walawehh xpernah bayang lansung kot mende ni jadi..sebab aku terlalu rapat dengan dia aku anggap tu gurauan je,ye laa die tu boleh tahan jugak mulut manis ayat perempuan..so aku tak mudah laa nak jatuh hati.

Tapi bile dah 4 5 kali propose aku..aku start rasa lain.

 "Eh die ni dah kenape??"

Nak main pun agak2 laa kan..hati perempuan ni mudah sangat terusik,kental macam mana pun bila nampak kesungguhan lelaki konpem! Konpem cair meleleh.

Die cakap die serius,family die dah tau. Terus dup dap dup dap rasa...first time guwa kene propose. Senyum tak payah cakap aa,kalau mulut aku neh boleh bercakap sah die ngadu die krem dok sengeh lelame camtu.

Start dari tu..die semakin berubah. Ye nampak sangat perubahan die. Dulu kalau buat salah,takdenye die reti nak mntak maaf,salahkan aku lagi ade.

 Sekarang...

*ehem*

iteww kene layan cam pwincessss...asal je aku kecik hati,die mintak maaf. Asal je aku merajuk die pujuk. Sumpah wehhh,dulu die xsuwit gini. Perangai mulut manis tu pun aku dah tak nampak dah. Alhamdulillah..moga panjang jodoh kami..

Lastly yang paling aku suke pasal die.....

Die kuat jelez!!!

Aku selalu berharap akan dapat pasangan yang kuat jelez..sebab bile die jelez nampak benor yang die tu sayangkan kite kan...yang die tu caringkan kite kan..

Alhamdulillah......aku bahagia sangat.



Monday, 9 December 2013

hati manja

Posted by azira rahman at 18:23 0 comments Links to this post
Aku mengaku aku manja...
Manja dengan orang-orang yang aku sayangi. Ibu,abah,adik2,kawan baik..
Manja aku hanya pada mereka,rengekan aku hanya pada mereka..
Sebab aku sayang..
Aku tau,bila aku merengek dengan dorang,dorang pasti akan layan.mengadu laa apa pun..demam,selsema,sakit hati,jari luka,baju kotor,lapar..semua. Semua yang aku nak adukan,pasti mereka layan walhal kadang tu menda yang aku adukan nonsense.. Calar sikit je,tu pun aku mengadu..sebab aku manja,mahukan perhatian dari yang aku sayang...sebab aku tau orang yang aku sayang tu akan response "sakit ke??ololo...ciannye die....letak ubat k"

Itu yang aku nak....aku nakkan perhatian je. Kalau setakat aku mengadu sakit hati,masalah aku semua..tapi that person sikit pun tak menenagkan aku,tambah sakit hati lagi ade..well that guy dont deserve my love kan..nampak sangat laa sayang tu ade ke tak kan..

Alhamdulillah,
Sekarang aku bahagia. Dengan orang-orang yang betul2 sayangkan aku..bukan berpura-pura macam sebelum ni. Yang lansung tak bagi semangat kat aku,yang dia tau sakitkan hati je..alhamdulillah ya allah,aku bahagia sangat sekarang...

Saturday, 23 November 2013

sabtu punya celita

Posted by azira rahman at 11:16 0 comments Links to this post
"Holaaaa

Salam sabtu.

Sabtu ni memang plan nak rehat kat rumah je dengan housemate yang sewel2 belaka ni. Bangun lambat,tak payah gosok gigi terus breakfast,perut dah kenyang mata dah lali terus sambung tido. Wallaaaa heaven gile.

So sekarang sorang dah tewas.siap dah mimpi rasanya tu. Aku mengadap nset online sementara nak pejam mata.huhu.

Well aku nak cerita sikit pasal ape yang aku terbaca semalam. Sifat berdasarkan bulan,tarikh lahir and anak keberapa.

Sebenarnye aku tak percaya pun dengan semua ciri-ciri yang dinyatakan tu. Tapi ada 1 2 ciri yang buat aku terfikir.

"Orang yang lahir bulan march ni kuat berdendam ke? Semua eh?bukan aku je eh?bukan nor azira binti abdul rahman eh??"

Haishhh.....aku mengaku aku ni pendendam. Even sekarang pun ade je dendam yang aku simpan dekat certain orang. Bukan dendam je,siap nak balas dendam lagi. Tapi ade seseorang yang berjaya control aku. Cayalahhh..

"die cakap jangan berdendam,xbaik. Biar je ape orang nak buat dengan kite,kite sabor saja...biar allah saje yang balas."

Then die buat aku terfikir,
"Aah jugak kan,ape aku dapat bergaduh dengan orang bodoh camtu??aku ade degree...kalau aku ikot dorang bergadoh,ape laa beza aku dengan dorang kan. Same bodoh laa..orang educated,buat cara educated kan....peace yo!!!!"

"Don't argue with stupid people,they will drag you to their level and beat you with their experience"

Kata-kata ni memang aku pegang. Bodoh tak apa,jangan sombong. Pandai pun tak guna kalau sombong. 

Wednesday, 20 November 2013

doa orang teraniaya dimakbulkan tau

Posted by azira rahman at 19:27 0 comments Links to this post
Dush
Toink
Dum
Bam

Itu laa bunyi aku terkene.terkene apa ni? Terkena sebab terlalu percayakan orang,terlalu percaya statement

" kalau kita tak kacau hidup orang,orang takkan kacau kite"

Nahh...terbukti prinsip hidup aku selama ni sampah. Tak boleh pakai lansung. Sebab dulu aku percaya sangat dengan statement tu sebab memang betul. Bile tak kacau,tak cari pasal dengan orang,orang tak akan cari pasal dengan kita.

Now semua dah tak boleh pakai bile dikelilingi manusia KEPOH yang penuh kat kampung raja neh.haiyooo mereka ni tau bikin panas je kan.

Ape je ea dorang dengkikan dengan hidup aku ni??dari aku dok kat atas,aku jatuh sampai aku bangun balik...tak henti henti dorang kacau hidup aku.ade je benda yang tak kena kat mata dorang. Sungguh aku tak paham.

Paling aku tak paham bila aku sikit pun tak de terpikir pasal dorang,tapi dorang tu tak boleh kalau tak reka cerita pasal aku. Jadi panas gamaknye bile sehari tak bercakap pasal aku,tak buat cerita pasal aku..Pelik sangat kan. Rase macam nak pergi tanye pun ade,dengki ape dengan aku sampai nak buat cerita pasal aku???

Dalam beberapa bulan ni aku malas sudah nak bergaul dengan dorang. Balik kerja, terus masuk bilik. Tu punnnnn ade orang dengki. Hadoiii......tu pun orang nak carik pasal...amazing betul hidup aku kan...

Kepada mereka-mereka-mereka, aku doa semoga allah balas ape yang patut kat korang sebab aniaya aku camni.


Wednesday, 6 November 2013

cerita lelaki itu

Posted by azira rahman at 01:19 0 comments Links to this post
Lelaki...
Bilamana mereka benar-benar serious
Bilamana mereka benar-benar mahukan kita sebagai suri hidup mereka
Orang pertama mereka akan kongsi kegembiraan itu adalah ibu mereka
Seterusnya keluarga...
Akhir sekali adalah kawan-kawan mereka

Aku punya cerita
Sudah mencapai fasa aku diperkenalkan kepada kawan-kawannya
Bahawa aku adalah 'seseorang' dalam diari hidupnya
Malu..tapi aku bahagia

Semoga perhubungan ini dipermudahkan ALLAH
hanya itu yang aku pinta

Wednesday, 30 October 2013

kalau dah sayang

Posted by azira rahman at 20:48 0 comments Links to this post
Aku
Kalau dah sayang memang aku sayang betul
Kuat cemburunya
Apa yang hendak dibuat harus ada aku
Sikit aku rasa terabai,panjang muncung aku
Selagi belum dipujuk rayu,selagi itu ego aku tak mahu mengalah

aku
Kalau dah sayang memang lantang berkata
apa gunanya sembunyikan perasaan pada yang sayang
Jujur adalah yang terbaik
Buruk katakan buruk
Benci katakan benci
Busuk katakan busuk
Sayang katakan sayang
Dengan aku..usah berpura-pura
Aku benci

maaf
Aku benci berkongsi kasih sayang
Aku harap kau faham
Bagi aku, kasih kau sayang kau hanya untuk aku


dilema

Posted by azira rahman at 09:43 0 comments Links to this post
Mereka kata pilih yang lama...
Ibu kata pilih yang lain...
Hati aku kata dia yang terbaik...
Dia kata,hanya dia mampu menjaga aku...

Buntu
Aku buntu
Mana perlu aku turutkan?
Kawan?ibu?kata hati? Atau dia?

Kawan kata aku hanya sesuai dengan yang lama
Serasi kata mereka
Hanya aku yang kenal perangai luaran dan dalaman yang lama
Hanya aku boleh mencarikkan senyuman pada yang lama
Hanya aku....

Ibu kata
Ibu nak aku dekat dengannya
Menjaganya di hari senjanya
Mahukan menantu yang sanggup tinggal bersamanya
Mahu aku dekat di matanya

Hati aku berkata
Aku mahu dia
Dia yang memahami aku
Sangat memahami aku
Dia sentiasa menjaga aku
Sentiasa ada untuk aku dimasa susah atau senang
Layak aku gelar beliau adalah guardian angle aku

Dia?
Dia sudah berusaha membuktikan kesungguhan beliau
Mahu aku jadi miliknya
Kononya hanya aku mampu membahagiakannya
Katanya dia redha jika aku adalah jodohnya
Kesungguhannya mencairkan jiwa ini

Mana perlu aku turutkan??
Mereka?ibu?hati aku? Atau dia?

Tuesday, 29 October 2013

how to handle stress - aziwa style

Posted by azira rahman at 10:02 0 comments Links to this post
Salam..

Lately banyak betul aku dengar orang sakit-sakit,termasuk laa bos aku..kesiann betul aku rasa dengan die..itu laa jadinya kalau terlalu memperhambakan diri kat kerjaya,takde pikir pasal diri sendiri sendiri.

So far,aku rasa aku takde mengalami sakit yang disebabkan terlalu pressure dengan kerjaya.

Actually,mende ni semua kita boleh control. Just certain orang yang tak dapat nak bahagi masa dengan baik. Itu je. Kalau laa,kalau la  pembahagian masa itu sempurna, kadar stress secara semulajadinya akan berkurang.

Ok,contohnya. Kat opis korang kene marah dengan bos sebab ade buat salah. Pikir secara positif,kalau korang tak buat salah, rasa-rasa korang akan dimarah tak??orang gile je yang marah baran takde sebab. Bile dah kene marah,korang akan lebih berhati-hati dalam menyiapkan satu-satu tugasan tu.

Bagi yang pangkatnya lebih tinggi..tekanan yang ada kat tempat kerja seharusnya tak dibawa balik rumah. Yelaa,balik rumah tengok muka pasangan,muka anak-anak. Tenangkan hati,xpayah pikir segala tekanan tempat kerja. Bagi yang islam,dekatkan diri dengan ALLAH..baca kalam Nya. Bagi aku,itu dah cukup menenangkan.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Sebelum ni aku tekanan betul,especially bile aku bersendirian. Berebut2 segala masalah datang nak penuhkan otak aku. Satu je aku akan buat bile aku tertekan,tido. Ye,walaupun tido tu just untuk rawat stress buat masa pendek.tapi sekurangnya aku tak melayan sangat stress tu kan..

Lagi 1 cara yang aku baru sedar...dekatkan diri dengan pencipta.dulu aku lalai,biasa laa..bila senang,bila tak ada masalah. Sekarang aku dah sedar, dah tau macam mana tenangnya rasa bila kita perhambakan diri kepada pencipta. Tenanggggg sangat,tak percaya cuba sendiri.

Well,kat opis perhambakan diri kat kerjaya,balik rumah perhambakan diri kepada pencipta..bagi orang bujang macam aku ni boleh laa...dah kawin nanti lain pulak ceritanya...

Ok bai.

Thursday, 17 October 2013

dugaan hari raya

Posted by azira rahman at 20:51 0 comments Links to this post
Hey..salam

2 hari lepas,hari raya korban laaa.terjadi 1 kejadian yang sangat biadap pada pendapat aku.

Ok,aku cite slow2 step by step ye...

Sampai je Cameron,paling tepat lagi rumah sewa aku, aku pun bertungkus lumus laa cuci tunggangan kesayangan aku tu..fine,siap cuci sume,aku melepakkan diri dengan housemate.gossip,makan semua ada laa...biase laa pompuan...hewhew

Then,tah macam mana rasa nak jenguk keadaan kereta..bukak je pintu umah terus aku nampak sepuntung rokok betul2 port atas bumbung kereta aku..dengan sepantas kilat,aku keluar konon nak buang puntung tu laa.almaklum kereta baru cuci,xkan nak biar dicemari puntung tu kan.

Mungkin dah ditakdirkan camtu..rupanya puntung yang dorang buang tu still ade api..sobs,,paling menyedihkan bila api tu dah mencacatkan permukaan kereta aku...panas memang panas.tapi aku tak tau nak salahkan sape..aku take tau tingkat berapa punya kerja,tingkat berapa punya orang yang gak belajar sivic tu..

nampak kan kesan menggelembung kene api tu????
Penuh jugak laa bumbung kereta aku dengan abu rokok dorang.ni bukan first time dorang buat macam ni,haishhh...Sabar je laa aku leh buat sekarang..Terus mengadu dengan ibu n abah.abah just pujuk

"Ala.....nanti boleh buat balik bagi ok kat kedai"

Yelaaa abah....tq sedapkan hati along ni

Wednesday, 16 October 2013

pengkhianatan

Posted by azira rahman at 09:52 0 comments Links to this post
Salam aidiladha...

Aku terbabas lagi dalam meletakkan kepercayaan aku ni. Tah bile aku nak sedar pun aku xtau. Mudah sangat percayakan orang,last2 aku sendiri kecewa..

Family je.....family je yang korang boleh percaya dalam dunia ni.bukan orang yang kononye bakal suami,kawan baik..tu semua bullshit..sia2 je bagi sepenuh kepercayaan kat dorang dorang tu..ape je korang akan dapat sebagai balasan???

BETRAYAL...

Letih dah ulang-ulang buat benda bodoh yang same. Percaya,then dikhianati.....percaya balik,dikhianati lagi...sangat sia-sia kan....betul cakap bos,even wife or husband pun akan khianati kite..apetah lagi konon bakal suami yang baru nak mengayat masuk jarum...ye dop??

Sudah laaa...malas dah nak sia-siakan kepercayaan aku ni kat orang yang bukan-bukan..simpan je kepercayaan aku ni kat family yang aku sayang sepenuh hati aku. Well,aku boleh je hidup tade korang,janji aku ade abah,ibu,Nyah,Kakek,baby,adik and meow. Done,they complete me.....

Kepada mereka-mereka yang konon baik depan aku tapi belakang cam cilake..aku doa korang cepat sedar ye..sebab hidup ibarat ronda,sekarang korang kat atas...tah bile roda korang akan kat bawah,time tu rase laaa ape yang aku rase sekarang....tq soo much.

Saturday, 12 October 2013

entry gedik

Posted by azira rahman at 21:31 1 comments Links to this post
hey,

dah lama x accident time memasak. alih-alih accident  pulak harini...waaa sakit~~


pastu...
dengan gediknye call la mengadu kat someone.ahaha~~
that someone pun melayan je kan perangai aku neh..

"letak ubat yee...."

ok bai.

hidup ibarat roda

Posted by azira rahman at 15:11 0 comments Links to this post
yeah..salam

hidup ibarat roda,



tajuk penulisan setelah beberapa bulan menghilangkan diri. sengaja aku menghilangkan diri, dek kerana letih dengan segala masalah dunia. terlalu banyak yang terjadi. dari tile seorang awek ke single, and dari single nak melangkah ke kerbang perkahwinan. mungkin?

banyak. terlalu banyak yang terjadi. cukuplah hanya sekadar aku yang tahu. tak guna nak ungkit perkara yang lepas. yang lepas biarkan lepas, jadikan pengajaran. yang perlu kita pikirkan adalah masa hadapan, apa yang akan terjadi, apa yang bakal kita hadapi. itu sahaja. mudah bukan?

hidup ibarat roda. ye, roda kehidupan aku sentiasa dibawah sejak beberapa bulan yang lepas. alhamdulillah, aku berjaya harungi keadaan sukar itu. kuncinya  hanyalah kesabaran. dan sekarang roda kehidupan aku sudah mula berputar, meletakkan aku dalam keadaan yang baik, mungkin lagi tepat bahagia. DIA xkan biar kita menderita selamanya kan.........

aku cukup bahagia dengan hidup aku sekarang walaupun kadang kala MEREKA masih mempersenda, dalam bahasa mudah masih mencari masalah. tah apa yang mereka nak aku pun tak tahu. abaikan mereka yang tak penting tu.......

"jangan mudah percayakan orang"

yea..aku akan pegang kata-kata ni erat2.

Wednesday, 17 July 2013

Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act

Posted by azira rahman at 21:26 0 comments Links to this post



Lirik Lagu Hanya Aku - Hyper Act

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu


[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku


Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/05/lirik-lagu-hanya-aku-hyper-act.html#ixzz2ZJDZCKgd

graduan course perhutanan senang dapat kerja ke?

Posted by azira rahman at 21:21 6 comments Links to this post
i got some question on my entry.


well, 
sejujurnya kos perhutanan ini bergantung pada di mana kita berada, sama ada kita ni memlilih pekerjaan atau tidak. bagi budak-budak course perhutanan yang stay kat semenanjung, peluang pekerjaan dalam bidang yang dipelajari adalah agak tipis. ye, peluang pekerjaan still ada just sangat tipis. sebenarnya, aku pun takde or kurang pendedahan dalam bidang perhutanan kat semenanjung ni.

tapi...
kalau stay sabah or sarawak, peluang pekerjaan dalam sektor perhutanan sangatlah banyak. sampaikan ada niat nak stay kat sabah or sarawak sebab nak kerja dalam bidang perhutanan jugak. niat je laaa...hehe.

kalau tanye pasal best ke? senang ke course ni? jawabnye..course ni sangat best. selalunya budak-budak dalam course perhutanan akan jadi sangat rapat, maybe sebab banyak fieldwork. kalau kat UMS dulu boleh nampak sangat ikatan antara budak berhutanan dengan budak course lain. 

now,
aku kerja as kerani at syarikat swasta kat cameron. export bunga ke Japan. jauhhhh sangat lari dari course yang dipelajari time study dulu.tapi apa boleh buat, dah ada rezeki kat sini. sekarang pun dah tak boleh memlilih kerja, dalam kite dok memilih kerja, ramai lagi kawan-kawan kita yang luar yang still menaganggur. walaupun kerja kerani, tapi aku tetap bersyukur. bulan-bulan ada jugak income, xpayah nak bergantung dengan parent, siap boleh tolong parent lagi, adik-adik jangan cakap la. tapi aku sentiasa ada impian nak kerja dalam sektor perhutanan, sebab aku suka NATURE! insyallah.......

kisah kawan & lawan

Posted by azira rahman at 21:02 0 comments Links to this post
thanks..

thanks a lot sebab aku dah ditunjukkan siapa kawan siapa lawan.
nak jadi kawan sejati tak payah nak kene berkawan sampai 3 4 tahun kan
cukup la kawan setahun pun, kalau betul kawan,
tetap akan kawan selamanya,,,

buat kawan,
thanks sebab bagi aku pengalaman berharga,
mengajar aku erti kehidupan,
thanks bukak mata aku, jangan mudah percayakan orang,

buat lawan,
aku tak menyesal kenal kau,
just sedikit kecewa, mungkin kerana terlalu percayakan kau.
sekurangnya aku dah kenal perangai sebenar kau,
semua benda ko buat kat aku,
aku diam.
tak pernah lansung aku terfikir nak memburukkan kau kat sape2,
alhamdulillah..ALLAH dah bukak mata dan fikiran aku.

kawan & lawan,
terima kasih sebab bagi aku pengalaman berharga ni.
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea