Wednesday, 30 October 2013

kalau dah sayang

Posted by azira rahman at 20:48 0 comments Links to this post
Aku
Kalau dah sayang memang aku sayang betul
Kuat cemburunya
Apa yang hendak dibuat harus ada aku
Sikit aku rasa terabai,panjang muncung aku
Selagi belum dipujuk rayu,selagi itu ego aku tak mahu mengalah

aku
Kalau dah sayang memang lantang berkata
apa gunanya sembunyikan perasaan pada yang sayang
Jujur adalah yang terbaik
Buruk katakan buruk
Benci katakan benci
Busuk katakan busuk
Sayang katakan sayang
Dengan aku..usah berpura-pura
Aku benci

maaf
Aku benci berkongsi kasih sayang
Aku harap kau faham
Bagi aku, kasih kau sayang kau hanya untuk aku


dilema

Posted by azira rahman at 09:43 0 comments Links to this post
Mereka kata pilih yang lama...
Ibu kata pilih yang lain...
Hati aku kata dia yang terbaik...
Dia kata,hanya dia mampu menjaga aku...

Buntu
Aku buntu
Mana perlu aku turutkan?
Kawan?ibu?kata hati? Atau dia?

Kawan kata aku hanya sesuai dengan yang lama
Serasi kata mereka
Hanya aku yang kenal perangai luaran dan dalaman yang lama
Hanya aku boleh mencarikkan senyuman pada yang lama
Hanya aku....

Ibu kata
Ibu nak aku dekat dengannya
Menjaganya di hari senjanya
Mahukan menantu yang sanggup tinggal bersamanya
Mahu aku dekat di matanya

Hati aku berkata
Aku mahu dia
Dia yang memahami aku
Sangat memahami aku
Dia sentiasa menjaga aku
Sentiasa ada untuk aku dimasa susah atau senang
Layak aku gelar beliau adalah guardian angle aku

Dia?
Dia sudah berusaha membuktikan kesungguhan beliau
Mahu aku jadi miliknya
Kononya hanya aku mampu membahagiakannya
Katanya dia redha jika aku adalah jodohnya
Kesungguhannya mencairkan jiwa ini

Mana perlu aku turutkan??
Mereka?ibu?hati aku? Atau dia?

Tuesday, 29 October 2013

how to handle stress - aziwa style

Posted by azira rahman at 10:02 0 comments Links to this post
Salam..

Lately banyak betul aku dengar orang sakit-sakit,termasuk laa bos aku..kesiann betul aku rasa dengan die..itu laa jadinya kalau terlalu memperhambakan diri kat kerjaya,takde pikir pasal diri sendiri sendiri.

So far,aku rasa aku takde mengalami sakit yang disebabkan terlalu pressure dengan kerjaya.

Actually,mende ni semua kita boleh control. Just certain orang yang tak dapat nak bahagi masa dengan baik. Itu je. Kalau laa,kalau la  pembahagian masa itu sempurna, kadar stress secara semulajadinya akan berkurang.

Ok,contohnya. Kat opis korang kene marah dengan bos sebab ade buat salah. Pikir secara positif,kalau korang tak buat salah, rasa-rasa korang akan dimarah tak??orang gile je yang marah baran takde sebab. Bile dah kene marah,korang akan lebih berhati-hati dalam menyiapkan satu-satu tugasan tu.

Bagi yang pangkatnya lebih tinggi..tekanan yang ada kat tempat kerja seharusnya tak dibawa balik rumah. Yelaa,balik rumah tengok muka pasangan,muka anak-anak. Tenangkan hati,xpayah pikir segala tekanan tempat kerja. Bagi yang islam,dekatkan diri dengan ALLAH..baca kalam Nya. Bagi aku,itu dah cukup menenangkan.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Sebelum ni aku tekanan betul,especially bile aku bersendirian. Berebut2 segala masalah datang nak penuhkan otak aku. Satu je aku akan buat bile aku tertekan,tido. Ye,walaupun tido tu just untuk rawat stress buat masa pendek.tapi sekurangnya aku tak melayan sangat stress tu kan..

Lagi 1 cara yang aku baru sedar...dekatkan diri dengan pencipta.dulu aku lalai,biasa laa..bila senang,bila tak ada masalah. Sekarang aku dah sedar, dah tau macam mana tenangnya rasa bila kita perhambakan diri kepada pencipta. Tenanggggg sangat,tak percaya cuba sendiri.

Well,kat opis perhambakan diri kat kerjaya,balik rumah perhambakan diri kepada pencipta..bagi orang bujang macam aku ni boleh laa...dah kawin nanti lain pulak ceritanya...

Ok bai.

Thursday, 17 October 2013

dugaan hari raya

Posted by azira rahman at 20:51 0 comments Links to this post
Hey..salam

2 hari lepas,hari raya korban laaa.terjadi 1 kejadian yang sangat biadap pada pendapat aku.

Ok,aku cite slow2 step by step ye...

Sampai je Cameron,paling tepat lagi rumah sewa aku, aku pun bertungkus lumus laa cuci tunggangan kesayangan aku tu..fine,siap cuci sume,aku melepakkan diri dengan housemate.gossip,makan semua ada laa...biase laa pompuan...hewhew

Then,tah macam mana rasa nak jenguk keadaan kereta..bukak je pintu umah terus aku nampak sepuntung rokok betul2 port atas bumbung kereta aku..dengan sepantas kilat,aku keluar konon nak buang puntung tu laa.almaklum kereta baru cuci,xkan nak biar dicemari puntung tu kan.

Mungkin dah ditakdirkan camtu..rupanya puntung yang dorang buang tu still ade api..sobs,,paling menyedihkan bila api tu dah mencacatkan permukaan kereta aku...panas memang panas.tapi aku tak tau nak salahkan sape..aku take tau tingkat berapa punya kerja,tingkat berapa punya orang yang gak belajar sivic tu..

nampak kan kesan menggelembung kene api tu????
Penuh jugak laa bumbung kereta aku dengan abu rokok dorang.ni bukan first time dorang buat macam ni,haishhh...Sabar je laa aku leh buat sekarang..Terus mengadu dengan ibu n abah.abah just pujuk

"Ala.....nanti boleh buat balik bagi ok kat kedai"

Yelaaa abah....tq sedapkan hati along ni

Wednesday, 16 October 2013

pengkhianatan

Posted by azira rahman at 09:52 0 comments Links to this post
Salam aidiladha...

Aku terbabas lagi dalam meletakkan kepercayaan aku ni. Tah bile aku nak sedar pun aku xtau. Mudah sangat percayakan orang,last2 aku sendiri kecewa..

Family je.....family je yang korang boleh percaya dalam dunia ni.bukan orang yang kononye bakal suami,kawan baik..tu semua bullshit..sia2 je bagi sepenuh kepercayaan kat dorang dorang tu..ape je korang akan dapat sebagai balasan???

BETRAYAL...

Letih dah ulang-ulang buat benda bodoh yang same. Percaya,then dikhianati.....percaya balik,dikhianati lagi...sangat sia-sia kan....betul cakap bos,even wife or husband pun akan khianati kite..apetah lagi konon bakal suami yang baru nak mengayat masuk jarum...ye dop??

Sudah laaa...malas dah nak sia-siakan kepercayaan aku ni kat orang yang bukan-bukan..simpan je kepercayaan aku ni kat family yang aku sayang sepenuh hati aku. Well,aku boleh je hidup tade korang,janji aku ade abah,ibu,Nyah,Kakek,baby,adik and meow. Done,they complete me.....

Kepada mereka-mereka yang konon baik depan aku tapi belakang cam cilake..aku doa korang cepat sedar ye..sebab hidup ibarat ronda,sekarang korang kat atas...tah bile roda korang akan kat bawah,time tu rase laaa ape yang aku rase sekarang....tq soo much.

Saturday, 12 October 2013

entry gedik

Posted by azira rahman at 21:31 1 comments Links to this post
hey,

dah lama x accident time memasak. alih-alih accident  pulak harini...waaa sakit~~


pastu...
dengan gediknye call la mengadu kat someone.ahaha~~
that someone pun melayan je kan perangai aku neh..

"letak ubat yee...."

ok bai.

hidup ibarat roda

Posted by azira rahman at 15:11 0 comments Links to this post
yeah..salam

hidup ibarat roda,



tajuk penulisan setelah beberapa bulan menghilangkan diri. sengaja aku menghilangkan diri, dek kerana letih dengan segala masalah dunia. terlalu banyak yang terjadi. dari tile seorang awek ke single, and dari single nak melangkah ke kerbang perkahwinan. mungkin?

banyak. terlalu banyak yang terjadi. cukuplah hanya sekadar aku yang tahu. tak guna nak ungkit perkara yang lepas. yang lepas biarkan lepas, jadikan pengajaran. yang perlu kita pikirkan adalah masa hadapan, apa yang akan terjadi, apa yang bakal kita hadapi. itu sahaja. mudah bukan?

hidup ibarat roda. ye, roda kehidupan aku sentiasa dibawah sejak beberapa bulan yang lepas. alhamdulillah, aku berjaya harungi keadaan sukar itu. kuncinya  hanyalah kesabaran. dan sekarang roda kehidupan aku sudah mula berputar, meletakkan aku dalam keadaan yang baik, mungkin lagi tepat bahagia. DIA xkan biar kita menderita selamanya kan.........

aku cukup bahagia dengan hidup aku sekarang walaupun kadang kala MEREKA masih mempersenda, dalam bahasa mudah masih mencari masalah. tah apa yang mereka nak aku pun tak tahu. abaikan mereka yang tak penting tu.......

"jangan mudah percayakan orang"

yea..aku akan pegang kata-kata ni erat2.
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea