Wednesday, 30 October 2013

dilema

Posted by azira rahman at 09:43
Mereka kata pilih yang lama...
Ibu kata pilih yang lain...
Hati aku kata dia yang terbaik...
Dia kata,hanya dia mampu menjaga aku...

Buntu
Aku buntu
Mana perlu aku turutkan?
Kawan?ibu?kata hati? Atau dia?

Kawan kata aku hanya sesuai dengan yang lama
Serasi kata mereka
Hanya aku yang kenal perangai luaran dan dalaman yang lama
Hanya aku boleh mencarikkan senyuman pada yang lama
Hanya aku....

Ibu kata
Ibu nak aku dekat dengannya
Menjaganya di hari senjanya
Mahukan menantu yang sanggup tinggal bersamanya
Mahu aku dekat di matanya

Hati aku berkata
Aku mahu dia
Dia yang memahami aku
Sangat memahami aku
Dia sentiasa menjaga aku
Sentiasa ada untuk aku dimasa susah atau senang
Layak aku gelar beliau adalah guardian angle aku

Dia?
Dia sudah berusaha membuktikan kesungguhan beliau
Mahu aku jadi miliknya
Kononya hanya aku mampu membahagiakannya
Katanya dia redha jika aku adalah jodohnya
Kesungguhannya mencairkan jiwa ini

Mana perlu aku turutkan??
Mereka?ibu?hati aku? Atau dia?

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea