Tuesday, 29 October 2013

how to handle stress - aziwa style

Posted by azira rahman at 10:02
Salam..

Lately banyak betul aku dengar orang sakit-sakit,termasuk laa bos aku..kesiann betul aku rasa dengan die..itu laa jadinya kalau terlalu memperhambakan diri kat kerjaya,takde pikir pasal diri sendiri sendiri.

So far,aku rasa aku takde mengalami sakit yang disebabkan terlalu pressure dengan kerjaya.

Actually,mende ni semua kita boleh control. Just certain orang yang tak dapat nak bahagi masa dengan baik. Itu je. Kalau laa,kalau la  pembahagian masa itu sempurna, kadar stress secara semulajadinya akan berkurang.

Ok,contohnya. Kat opis korang kene marah dengan bos sebab ade buat salah. Pikir secara positif,kalau korang tak buat salah, rasa-rasa korang akan dimarah tak??orang gile je yang marah baran takde sebab. Bile dah kene marah,korang akan lebih berhati-hati dalam menyiapkan satu-satu tugasan tu.

Bagi yang pangkatnya lebih tinggi..tekanan yang ada kat tempat kerja seharusnya tak dibawa balik rumah. Yelaa,balik rumah tengok muka pasangan,muka anak-anak. Tenangkan hati,xpayah pikir segala tekanan tempat kerja. Bagi yang islam,dekatkan diri dengan ALLAH..baca kalam Nya. Bagi aku,itu dah cukup menenangkan.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Sebelum ni aku tekanan betul,especially bile aku bersendirian. Berebut2 segala masalah datang nak penuhkan otak aku. Satu je aku akan buat bile aku tertekan,tido. Ye,walaupun tido tu just untuk rawat stress buat masa pendek.tapi sekurangnya aku tak melayan sangat stress tu kan..

Lagi 1 cara yang aku baru sedar...dekatkan diri dengan pencipta.dulu aku lalai,biasa laa..bila senang,bila tak ada masalah. Sekarang aku dah sedar, dah tau macam mana tenangnya rasa bila kita perhambakan diri kepada pencipta. Tenanggggg sangat,tak percaya cuba sendiri.

Well,kat opis perhambakan diri kat kerjaya,balik rumah perhambakan diri kepada pencipta..bagi orang bujang macam aku ni boleh laa...dah kawin nanti lain pulak ceritanya...

Ok bai.

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea