Tuesday, 16 December 2014

ibu

Posted by azira rahman at 14:55 0 comments Links to this post
I JUST WANT TO CONFESS

I LOVE MY IBU SOOOO MUCH

MORE THAN EVERYTING

MORE THAN ANYTHING

Sunday, 30 November 2014

9 weeks - kasih ibu

Posted by azira rahman at 16:38 1 comments Links to this post
hi,
i currently 9 weeks and 2 days pregnant.

tecik sangat lagi. kalau diibaratkan dengan buah, baru sebesar buah anggur. nyummy


*sigh*

macam mana ibu boleh lahirkan sampai 5 anak?alahan yang aku rasa sekarang buat aku rasa nak give up. ye la..mana nya nak boleh tahan. bau orang masak memang aku lari awal-awal la. boleh muntah dibuatnye. so bila aku dengar orang start nak masak contohnya bukak api dapur gas, terus aku laju-laju tutup hidung and blah dari tenpat tu sejauh jauhnya. parahhh

dah la selera makan aku hilang cam tu je. risau jugak akan effect kat baby. itu je yang aku risau. kalau pikirkan diri sendiri, memang lantak la badan aku ni nak jadi plywood ke apa. bukan tak biasa kan.,panggilan tiang lampu tu dah biasa dah. kehkeh

bawang. tah kenapa la aku tak boleh bau bawang. harituh sembang-sembang dengan cik ain kat dapur, tetiba hidung aku dapat bau bawang, terus pekup hidung laju-laju. bagitau cik ain aku tak boleh bau bawang. cik ain cakap, mana ada bawang, semalam kan dah buang habis. tah, dah aku terbau jugak nk buat cemana. rupa-rupanya bau bawang tu dari laksa. gila! bawang banyak tu pun deria bau aku boleh tangkap. kedai makan sebelah opis ni pun harus la guna bawang kan. so dalam pukul 10 tu memang akan ada bau bawang. aku yang tak dapat nak lari kemana-mana terpaksa la letak minyak cak kapak untuk legakan daria bau aku ni. bayang kan lah, hari-hari sapu minyak cap kapak kat hidung, sampai menggelupas hidung dibuatnya.

ubat. tak boleh ke tukarkan ubat dengan makanan?? macam vitamin c, bagi je la buah oren kat aku suruh makan, zat-zat vitamin yang lain tu, bagi je la sayur ke, buah ke yang berkaitan. awal awal boleh la aku telan ubat ni. sekarang....yek, nak muntah dibuatnye. busuk!

sekarang ni aku just tak sabar nk kuar dari zone alahan ni. tak sabarnya hoiii. aku nk masak balik. kesian laki aku nak makan apa-apa sekarang kena masak sendiri je, tak pun makan kat kedai je. rindunya nak masak!!habis je alahan ni memang aku masak hari-hari sampai laki aku pulak jemu nak makan. wakakaka.

baru aku sedar, betapa teruk ibu rasa nak lahirkan kami. dari sebelum lahir dah rasa susah, sampai ke besar, sampai ke dah kawin pun still nak susahkan ibu..sobs, along sayang ibu.

Sunday, 2 November 2014

5 weeks 2 days

Posted by azira rahman at 14:48 0 comments Links to this post
lumrah orang berkahwin, mesti nak kan zuriat. sama la dengan aku and husband. bulan pertama kawin die dah excited sangat nak ada baby, siap jaja dengan semua orang cakap aku dah mengandung. memalukan betul =.=

padahal period baru lewat sehari dah terkinja-kinja suruh aku test. memang negative la jawabnye. so, bila dah masuk bulan ke dua, masing-masing slow down. konon tak nak berharap sangat la sebabnye bulan lepas dah kecewa teruk. kahkah.

tapi aku dapat rasa badan ni macam lain je seminggu sebelum due period. rasa macam sakit, letih, mual semua ada. tapi aku diamkan aje sebab taknak laki aku excited lagi. lepas makin ketara tanda-tanda tu, and period pun dah lewat 2 hari, hari ketiga pagi-pagi lagi terus aku check sendiri guna pregnancy test. 2 line. alhamdulillah.

terus whatapps abah. memang dah niat, kalau aku pregnant nak bagitau abah first sebab esoknye tu birthday die. so, abah la orang first yang tahu. secondly laki aku.

kalau ikutkan pengiraan aku aku sekarang mengandung 5 minggu 2 hari kot. tak sure sebab tak pergi check kat klinik lagi. kene tunggu surat nikah sampai baru leh cek kat klinik. kang riuh lak klinik tu cakap aku hamil luar nikah. dahh jadi 1 hal.

alhamdulillah.

happy sangat. cumanya sekarang dah start rasa nak apa tu morning sickness. haishhh

Thursday, 23 October 2014

Komputer ke komuter?

Posted by azira rahman at 09:16 0 comments Links to this post

Ya allah..

Aku baru perasan yang aku typo dalam resume untuk interview harituh. Patut laa penemuduga tu cakap camni

"Mahir dalam perisian KOMUTER eh"

Aku pulak buat muke bler sebab aku memang xpaham lansung apa yang die cakap. 

Bayangkan,aku interview 14th oktober harituh, harini 23rd october baru aku perasan typo tu.

Nampak sangat dah kelemahan aku kat situ --' . Cuai sangat.

Tawakal je la sekarang. Kalau ada rezeki aku kat situ ada la...

Tuesday, 9 September 2014

ANDA TIDAK BERJAYA

Posted by azira rahman at 15:10 1 comments Links to this post

Bangun tidur.

Check email.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM GRED 41 DAH KELUAR

aku dengan nervous nya masukkan ic untuk check result.

ANDA TIDAK BERJAYA.

kecewa sangat. 2 3 kali jugak la aku try masukkan ic kat situ. Dengan harapan akan ada kesalahan. Kalau dah itu yang tertulis,xkan nye ada perubahan.

Tapikan,spa bg retest. Biar betul kan. Macam xpercaya je. So aku akan retest la malam esok. Semoga ada rezeki aku dalam bidang ni.

Tetibe teringat kata chaa sebelum tido semalam.

"Macam mana nak kerja jauh2 ni,tido malam pun nak kene berteman"

"Orang bawak la abang"

Serious,aku xleh nak berjauh lagi dengan chaa buat masa sekarang. Mau menangis aku dibuatnya. Ada hikmah jugak kot aku xberjaya exam tu. Sebab DIA tau aku xmampu nak berjauh dengan chaa.

Apa pun,aku akan cuba retest esok. Kalau tak berjaya jugak,pasrah je la...cameron pun ok ape! Hari2 boleh honeymoon.

Wednesday, 3 September 2014

Cerita kawin aku

Posted by azira rahman at 17:51 0 comments Links to this post

Aku rasa majlis perkahwinan aku simple sangat. Maybe sebab aku tak involve dalam apa2 preparation kot. Semua diuruskan ibu,abah n adik2 aku.

Baju
Baju nikah n baju kahwin 2 2 dari ibu. Baju kahwin aku ambik design ayu (kawan kakek). Then ibu buatkan semua. Even color baju pun ibu yang decide. Takpe, pilihan ibu kan semuanya baik2 belaka. Cewahh.

Kasut
Haa..part kasut la aku rasa paling tak boleh blah. Kasut je aku beli sendiri. Tu pun nyah n kakek tolong pilih. Aku beli online je kot. Kat facebook  "wonder shoetique". Lawa dia boleh tahan la. Just kualiti tu je la. Aku pakai kasut tu pun tumit cam goyang2 je. Tapi aku pakai je. Tade hal pun,siap guna untuk 2 majlis lagi. Kehkeh.

Pelamin
Tarak

Photobooth
Adik2 n kezen yang tolong buatkan. Aku pagi kenduri tu baru nampak cemana laa rupa photobooth aku tu. Tq sangat2 kat dorang.

Props photobooth
Ni aku beli kat instagram. Lupa nama dia. Beli pun time promosi..20psc rm40. Jimat kan. Haha...orang kedek memang camni pun.

Lauk kenduri
Ini memang ibu and abah fully incharge. Yang aku tau ada kerbau. Itu je.

Goodie bag
Adik2 n ibu yang decide sume. Aku just decide pasal nak beli brown paper yang orang letak wafel tu. Jimat sangat. Beli 1000pcs baru rm28. Isi dalam sume dorang jugak yang pilih nk letak apa.

Hantaran
Yea bab hantaran ni aku dengan chaa decide nak letak apa. Cumanya hiasan hantaran tu je nyah, kakek n makjang urus.

See.. apa je yang aku urus?aku macam blur xtau nak buat apa. Semua orang uruskan.

Xpa laa..aku akan balas semua kebaikan dorang ni. Majlis dorang nanti aku akan sponser apa2 yang aku mampu. Huhu. Semoga bertambah2 murah laa rezeki aku.

Amin.

Friday, 29 August 2014

Rindu dia

Posted by azira rahman at 15:58 0 comments Links to this post

Sekarang. Jam 3.45 pm, aku dah rindu sangat dengan chaa. Ape la die buat sekarang,dah sampai kampung ke belum. Dah makan ke belum. Aishh..parah betul camni.

Balik nanti pun xjumpa dengan die lagi. Sebabnye estimate die sampai umah jam 7. Hukhuk bosan laa aku nanti.

Betul orang cakap. Bila dah sah jadi suami isteri, Xleh berenggang lansung. Macam pagi tadi,aku dah siap2 nak p kerja, tunggu dorang datang amek je. Aku duduk la kat sofa,kononnye nk melayan fesbuk. Tup2 chaa kata aku sombong sebab dok jauh dari dia....eii manja sangat ni.

Mula2 sampai cameron,aku dengar ayu suruh chaa balik kg awal. Aku yang kat dalam bilik terus rasa sebak. Gila kau nk kene berjauh 4 hari. Takung dah mata time tu,tunggu nk menitis je. Pastu monyok je muka. Sampai laa lepas solat, chaa cakap dia xbalik. Die kena keje.

Fuuuuu...lega nya. Terus laa aku  cakap  kat die ape yg aku rasa bila ayu cakap camtu. Rupanya dia pun sama je. Xleh berjauh lansung. Lebiu abang!

Aku dah tido satu malam tu,pastu die dapat call dari pakcik die. Terus die kejutkan aku bawak p umah pakcik die skali. Padahal bukan jauh pun rumah pakcik die tu. Belakang umah die je. Xleh tinggal katanya. Hiks..

Orang dah kawin je tau perasaan ni. Kalau nk tau kene kawin la.

Thursday, 28 August 2014

Binatang

Posted by azira rahman at 13:17 0 comments Links to this post

Harini genap 6 hari aku jadi isteri kepada NASARUDDIN MOHD TAJUL. bahagia tu ALLAH je yang tau.

Tapi aku akan cerita kisah aku dalam entry lain. Sekarang aku nak meluahkan ketidak puasan hati aku.

Apa perasaan anda bila ada dikalangan anda ni suka mengadu domba?suka aibkan orang?

Ada sekor 'binatang' camtu kat sini. Aku xfaham kenapa nak kena perangai macam tu. Bongkaknya tu ya rabbi. Macam dia tu powerfull sangat,padahal kene tinggal kereta pun dah nagis gila babi. Haha..lawak weh. Kemain laa sembang die tu kat status pesbuk.

Kononya dia hebat,dia kuat,dia xtakot sapa2, kononnya dia tu paling pandai,kononnya semua orang keliling dia tu bodoh,dia saja laa paling perfect. Keshian...

Palingg aku xpaham. Kenapa nak kena cerita hal peribadi kat orang lain?ko bukan budak2 laa 'binatang'. Ko tu dah tua. Paling tua! Sikit2 nak mengadu mintak kesian. Aku pun kesian tengok ko. Macam desperate betul xde kawan.

Aku pernah cakap,kalo ko terus wat perangai camtu..xkan ade sape nk berkawan dengan ko. Tup2 jadi betul. Haha. Aku bukan doa. Sebab aku dah rasa mende tu,so aku tau laa yg orang lain pun xkan boleh tahan.

Meh aa aku listkan perangai ko yang buruk tu:
- suka mencuri
- barang orang anggap barang sendiri
- pengotor
- suka menyusahkan orang
- time susah baru anggap orang kawan baik dia
- kedekut
- suka bukak aib orang
- suka salahkan orang
- kuat mengadu domba
- suka mengumpat

Arghhh manyak gila. Xlarat nak list.

Sekarang aku dah xde kaitan dengan ko aku rasa cam hilang beban aku tanggung dosa ko xsolat tu. Aku patut bersyukur kot. Huhu.

Aku harap ko baca laa ape aku tulis ni. Bg ko sedar sket. Xpayah nk bongkak sangat la. Ko bukan tuhan.

Saturday, 16 August 2014

Entry lapar

Posted by azira rahman at 17:27 1 comments Links to this post

Jam dah menunjukkan 5.23 pm.

Aku sangat lapar sekarang. Lunch makan bihun je. Harus la lapar,ditambah dengan tank aku yang beso ni kan.

Balik nanti nak masak gulai tempoyak. First try,tah apa rasa dia pun aku xtau. Kalau menjadi nanti aku share kat sini.

Perghhh dengan membayang saja pun dah buat aku menjejes air liur. Amek resipi kat internet je,alang2 semua bahan dah ada.

Kalau nk ikot masak tempoyak ibu yang super ohsem tu susah aa..sebabnye ibu guna lagi banyak bahan yang aku susah nak dapat kat sini. Masak tempoyak ibu laa paling sodap.

Cepat laa 5.30,nak balik!

Friday, 15 August 2014

Masa aku emas

Posted by azira rahman at 10:35 0 comments Links to this post

Masa.

Bagi sesetengah orang, masa tu mungkin sekadar 1 perkataan, 1 yg tak penting. Tapi bukan bagi aku. Masa bagi aku adalah sesuatu yang sangat penting. Aku paling benci bila orang main-mainkan masa aku.

Aku suka memerhati orang. Ada orang terdekat dengan aku yang sangat tak mementingkan masa. Dia tak anggap masa tu emas pun. Masa dia dah tentu laa dia xpeduli, ni lagi nak mainkan masa orang. Ohh cukup aku menyampah dengan orang macam ni.

Aku pernah terkena dengan orang macam ni. Housemate aku sendiri. Well,aku dah janji nak pergi beli barang dapur dengan housemate. Janji aku akan tepati. Aku cakap pukul 10 kita gerak. Aku macam biasa pukul 9.50 dah terpacak tunggu jarum jam bergerak ke jam 10. Tapi,housemate aku pukul 9.55 tu jugak laa baru terkedek2 masuk toilet nk mandi. What da fak??

Memang aku gerak je laa bila dah jam 10. Sapa dorang aku nak kena tunggu,kalau dah pukul 10 baru mandi,nak bersiap lagi setengah jam. Bullshit.

Peduli apa dorang nak cakap pasal aku. Dah aku cakap,masa aku emas. Jangan laa nak mainkan masa aku. Be punctual.

Ok,let say jam balik kerja 5.30. Pergi kerja tumpang2. Be punctual la beb. Takkan sebab ko sorang lagi 4 orang nk kene tercangak tunggu. Ko dah buang masa emas orang. Ko xrasa bersalah lansung kan.

Dah tau 5.30 nak balik,5.30 tu jugak laa baru terkedek2 kuar opis nak p jumpa buah hati. Padahal kawannye lagi 4 orang tu 5.30 dah standby dalam kereta. Nampak x??

Xboleh ke ko pergi dating tu jam 5.15 ke,jam 5.00 ke. Kenapa nk guna masa orang??aku dah ajar ko 2 kali. Ko still xsedar. Ko still pikir ko xsalah. Mungkin ko nak tunggu orang ketiga ajar ko kot baru ko nak sedar.

Jujur aku cakap. Sapa main dengan masa emas aku,memang aku xboleh berkompromasi. Benci laa jawabnya.

Aku harap ko cepat sedar. Lagi cepat lagi bagus. Sebab masa semua orang itu emas. Ko xpe laa..masa ko taik! So kalau di buang2 pun xbernilai.

Kannn....

Thursday, 14 August 2014

Preparation kahwin

Posted by azira rahman at 12:32 0 comments Links to this post

Halooo....

Harini dah 14 august 2014.
Harini hari jadi kawan aku, NURSYAZANA SYAHNAZ BTE GHAZALEE.
masuk harini lagi 7 hari lagi aku akan dinikahkan dengan NASARUDDIN BIN MOHD TAJUL.

Pantas. Semua pantas berlaku.

Syukur aku ada adik2,ibu n abah yang banyak sangat  membantu. Harapkan aku memang kawin koboi la jawabnye. Ni la susahnya bila kerja jauh. Dari baju,makan,hantaran,hiasan semua dorang buat. Aku?aku just beli kasut je. Tu pun beli online.

*nanti along belanja semua makan ye*

Perasaan lagi 7 hari nk jadi isteri?

Sangat berdebar2. Lebih kepada takot dari excited. Aku takut,mampu ke chaa jaga aku. Mampu ke chaa turutkan apa yg aku mahu? Mampu ke chaa nak melayan manja aku ni?

Kalau dulu bergantung dengan ibu abah je. Tau dah dorang macam mana perangai aku ni,mana aku takat mana,degila aku sampai mana. 25 tahun dorang jaga aku.

Ahhh..dah start sebak.

Macam mana orang lain boleh excited nak kawin?aku x....ya ALLAH tenangkan aku,kuatkan hati ku.

Ibu,abah,nyah,kakek,baby n adik..
*tears*

Sunday, 1 June 2014

1st of JUNE

Posted by azira rahman at 12:04 0 comments Links to this post
fuhhhhhhh....
*gaya tiup habuk*

yelaaa dah berapa bulan aku tak update kat sini, habuk haruslah macam rumah hantu kan...

aku sekarang menghitung hari je nak bertukar status. hoyeahhhh. happy memang la happy, tapi apa preparation pun aku tak buat lagi. kad ke, barang hantaran ke, baju ke, goodies bag ke.....satu apa pun aku belum buat. sekarang aku tengah tekun cari ispirasi kat internet je.

konon nak DIY photobooth area. so kene mencari la macam mana designnye. ada terjumpa simple design yang simple sangat just guna helium ballons. sweetttt sesangat. kena bincang dengan nyah @ wedding planner aku la dulu cemana.

so far dah order cop untuk goodies bag je, lain2 still dalam progress.

will update!


ps: semangat nak writing balik.

Wednesday, 8 January 2014

i miss u

Posted by azira rahman at 11:41 0 comments Links to this post
Aku rindu dia....aku rindu dia....

Semakin dekat dengan majlis pertunangan aku ni .makin bertambah-tambah rindu aku dengan dia. Dia kena ada dengan aku hari tu..wajib ada. Aku nak share happy aku ni dengan dia..aku nak genggam tangan dia time aku nervous nanti,aku nak gelak ketawa dengan dia sambil kutuk-kutuk orang bila aku nervous nanti. Aku nak mintak pendapat dia macam mana aku nak duduk,macam mana aku nak possing amek gambo. Aku nak dia ada..itu je.

Tapi........

Tapi cemana??sobs....aku dah tak tau nak buat cemana. Aku rindu dia.... Dia macam part of me,so aku rasa tak lengkap. Sejak aku bahagia dengan bakal tunang aku ni,aku nak je jumpa dia..cerita dengan dia semua yang aku rasa..cerita betap happynya aku,betapa baiknya bakal tunang tu layan aku.

Haishhhhh

Semua ni aku boleh bayang dalam otak aku je..tak terlafaz oleh lidah. Aku sendiri rasa,aku sendiri bayang,sendiri happy,sendiri sedih,aku sendiri rindu........

Ya allah...kau bahagiakan dia....kerna aku sayang dia.


me stalker

Posted by azira rahman at 11:06 0 comments Links to this post
Salam...

Semalam sesaja laa stalk orang kat fb..hewhew.pastuh sampai ke harini,waktu ni,jam ni,saat ini...aku asyik dok pikir pasal budak tu je.. Padan muka aku..kena badi. Wakakaka

Dah nak kawin pun budak tuh...cepat betul progress die. Macam tak effect lansung dengan apa yang dah jadi..kat sini dah boleh nampak kan yang die awal-awal lagi dah tak jujur dengan pasangan die..awal-awal lagi dah main kayu 3. How come die boleh lupakan pasangan die tu camtu je?how comeeee?????!!!!

Patut laa die berie je bile budak-budak tu bgtau apa yang jadi. So that die dapat greenlight untuk stop perhubungan tuh kan. No wonder laaa pasangan die tu pujuk mati-mati die takmo layan.

Yelahhh awak..semoga awak bahagia

Just sekarang ni otak aku ni pikirkan pasal pasangan die pulak..dah recover ke die dari heart broken tu?ade lagi ke sayang die kat pompuan tu?itu semua hanya pasangan dia je tahu....

Aku hanya pemerhati
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea