Friday, 29 August 2014

Rindu dia

Posted by azira rahman at 15:58 0 comments Links to this post

Sekarang. Jam 3.45 pm, aku dah rindu sangat dengan chaa. Ape la die buat sekarang,dah sampai kampung ke belum. Dah makan ke belum. Aishh..parah betul camni.

Balik nanti pun xjumpa dengan die lagi. Sebabnye estimate die sampai umah jam 7. Hukhuk bosan laa aku nanti.

Betul orang cakap. Bila dah sah jadi suami isteri, Xleh berenggang lansung. Macam pagi tadi,aku dah siap2 nak p kerja, tunggu dorang datang amek je. Aku duduk la kat sofa,kononnye nk melayan fesbuk. Tup2 chaa kata aku sombong sebab dok jauh dari dia....eii manja sangat ni.

Mula2 sampai cameron,aku dengar ayu suruh chaa balik kg awal. Aku yang kat dalam bilik terus rasa sebak. Gila kau nk kene berjauh 4 hari. Takung dah mata time tu,tunggu nk menitis je. Pastu monyok je muka. Sampai laa lepas solat, chaa cakap dia xbalik. Die kena keje.

Fuuuuu...lega nya. Terus laa aku  cakap  kat die ape yg aku rasa bila ayu cakap camtu. Rupanya dia pun sama je. Xleh berjauh lansung. Lebiu abang!

Aku dah tido satu malam tu,pastu die dapat call dari pakcik die. Terus die kejutkan aku bawak p umah pakcik die skali. Padahal bukan jauh pun rumah pakcik die tu. Belakang umah die je. Xleh tinggal katanya. Hiks..

Orang dah kawin je tau perasaan ni. Kalau nk tau kene kawin la.

Thursday, 28 August 2014

Binatang

Posted by azira rahman at 13:17 0 comments Links to this post

Harini genap 6 hari aku jadi isteri kepada NASARUDDIN MOHD TAJUL. bahagia tu ALLAH je yang tau.

Tapi aku akan cerita kisah aku dalam entry lain. Sekarang aku nak meluahkan ketidak puasan hati aku.

Apa perasaan anda bila ada dikalangan anda ni suka mengadu domba?suka aibkan orang?

Ada sekor 'binatang' camtu kat sini. Aku xfaham kenapa nak kena perangai macam tu. Bongkaknya tu ya rabbi. Macam dia tu powerfull sangat,padahal kene tinggal kereta pun dah nagis gila babi. Haha..lawak weh. Kemain laa sembang die tu kat status pesbuk.

Kononya dia hebat,dia kuat,dia xtakot sapa2, kononnya dia tu paling pandai,kononnya semua orang keliling dia tu bodoh,dia saja laa paling perfect. Keshian...

Palingg aku xpaham. Kenapa nak kena cerita hal peribadi kat orang lain?ko bukan budak2 laa 'binatang'. Ko tu dah tua. Paling tua! Sikit2 nak mengadu mintak kesian. Aku pun kesian tengok ko. Macam desperate betul xde kawan.

Aku pernah cakap,kalo ko terus wat perangai camtu..xkan ade sape nk berkawan dengan ko. Tup2 jadi betul. Haha. Aku bukan doa. Sebab aku dah rasa mende tu,so aku tau laa yg orang lain pun xkan boleh tahan.

Meh aa aku listkan perangai ko yang buruk tu:
- suka mencuri
- barang orang anggap barang sendiri
- pengotor
- suka menyusahkan orang
- time susah baru anggap orang kawan baik dia
- kedekut
- suka bukak aib orang
- suka salahkan orang
- kuat mengadu domba
- suka mengumpat

Arghhh manyak gila. Xlarat nak list.

Sekarang aku dah xde kaitan dengan ko aku rasa cam hilang beban aku tanggung dosa ko xsolat tu. Aku patut bersyukur kot. Huhu.

Aku harap ko baca laa ape aku tulis ni. Bg ko sedar sket. Xpayah nk bongkak sangat la. Ko bukan tuhan.

Saturday, 16 August 2014

Entry lapar

Posted by azira rahman at 17:27 1 comments Links to this post

Jam dah menunjukkan 5.23 pm.

Aku sangat lapar sekarang. Lunch makan bihun je. Harus la lapar,ditambah dengan tank aku yang beso ni kan.

Balik nanti nak masak gulai tempoyak. First try,tah apa rasa dia pun aku xtau. Kalau menjadi nanti aku share kat sini.

Perghhh dengan membayang saja pun dah buat aku menjejes air liur. Amek resipi kat internet je,alang2 semua bahan dah ada.

Kalau nk ikot masak tempoyak ibu yang super ohsem tu susah aa..sebabnye ibu guna lagi banyak bahan yang aku susah nak dapat kat sini. Masak tempoyak ibu laa paling sodap.

Cepat laa 5.30,nak balik!

Friday, 15 August 2014

Masa aku emas

Posted by azira rahman at 10:35 0 comments Links to this post

Masa.

Bagi sesetengah orang, masa tu mungkin sekadar 1 perkataan, 1 yg tak penting. Tapi bukan bagi aku. Masa bagi aku adalah sesuatu yang sangat penting. Aku paling benci bila orang main-mainkan masa aku.

Aku suka memerhati orang. Ada orang terdekat dengan aku yang sangat tak mementingkan masa. Dia tak anggap masa tu emas pun. Masa dia dah tentu laa dia xpeduli, ni lagi nak mainkan masa orang. Ohh cukup aku menyampah dengan orang macam ni.

Aku pernah terkena dengan orang macam ni. Housemate aku sendiri. Well,aku dah janji nak pergi beli barang dapur dengan housemate. Janji aku akan tepati. Aku cakap pukul 10 kita gerak. Aku macam biasa pukul 9.50 dah terpacak tunggu jarum jam bergerak ke jam 10. Tapi,housemate aku pukul 9.55 tu jugak laa baru terkedek2 masuk toilet nk mandi. What da fak??

Memang aku gerak je laa bila dah jam 10. Sapa dorang aku nak kena tunggu,kalau dah pukul 10 baru mandi,nak bersiap lagi setengah jam. Bullshit.

Peduli apa dorang nak cakap pasal aku. Dah aku cakap,masa aku emas. Jangan laa nak mainkan masa aku. Be punctual.

Ok,let say jam balik kerja 5.30. Pergi kerja tumpang2. Be punctual la beb. Takkan sebab ko sorang lagi 4 orang nk kene tercangak tunggu. Ko dah buang masa emas orang. Ko xrasa bersalah lansung kan.

Dah tau 5.30 nak balik,5.30 tu jugak laa baru terkedek2 kuar opis nak p jumpa buah hati. Padahal kawannye lagi 4 orang tu 5.30 dah standby dalam kereta. Nampak x??

Xboleh ke ko pergi dating tu jam 5.15 ke,jam 5.00 ke. Kenapa nk guna masa orang??aku dah ajar ko 2 kali. Ko still xsedar. Ko still pikir ko xsalah. Mungkin ko nak tunggu orang ketiga ajar ko kot baru ko nak sedar.

Jujur aku cakap. Sapa main dengan masa emas aku,memang aku xboleh berkompromasi. Benci laa jawabnya.

Aku harap ko cepat sedar. Lagi cepat lagi bagus. Sebab masa semua orang itu emas. Ko xpe laa..masa ko taik! So kalau di buang2 pun xbernilai.

Kannn....

Thursday, 14 August 2014

Preparation kahwin

Posted by azira rahman at 12:32 0 comments Links to this post

Halooo....

Harini dah 14 august 2014.
Harini hari jadi kawan aku, NURSYAZANA SYAHNAZ BTE GHAZALEE.
masuk harini lagi 7 hari lagi aku akan dinikahkan dengan NASARUDDIN BIN MOHD TAJUL.

Pantas. Semua pantas berlaku.

Syukur aku ada adik2,ibu n abah yang banyak sangat  membantu. Harapkan aku memang kawin koboi la jawabnye. Ni la susahnya bila kerja jauh. Dari baju,makan,hantaran,hiasan semua dorang buat. Aku?aku just beli kasut je. Tu pun beli online.

*nanti along belanja semua makan ye*

Perasaan lagi 7 hari nk jadi isteri?

Sangat berdebar2. Lebih kepada takot dari excited. Aku takut,mampu ke chaa jaga aku. Mampu ke chaa turutkan apa yg aku mahu? Mampu ke chaa nak melayan manja aku ni?

Kalau dulu bergantung dengan ibu abah je. Tau dah dorang macam mana perangai aku ni,mana aku takat mana,degila aku sampai mana. 25 tahun dorang jaga aku.

Ahhh..dah start sebak.

Macam mana orang lain boleh excited nak kawin?aku x....ya ALLAH tenangkan aku,kuatkan hati ku.

Ibu,abah,nyah,kakek,baby n adik..
*tears*

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea