Thursday, 14 August 2014

Preparation kahwin

Posted by azira rahman at 12:32

Halooo....

Harini dah 14 august 2014.
Harini hari jadi kawan aku, NURSYAZANA SYAHNAZ BTE GHAZALEE.
masuk harini lagi 7 hari lagi aku akan dinikahkan dengan NASARUDDIN BIN MOHD TAJUL.

Pantas. Semua pantas berlaku.

Syukur aku ada adik2,ibu n abah yang banyak sangat  membantu. Harapkan aku memang kawin koboi la jawabnye. Ni la susahnya bila kerja jauh. Dari baju,makan,hantaran,hiasan semua dorang buat. Aku?aku just beli kasut je. Tu pun beli online.

*nanti along belanja semua makan ye*

Perasaan lagi 7 hari nk jadi isteri?

Sangat berdebar2. Lebih kepada takot dari excited. Aku takut,mampu ke chaa jaga aku. Mampu ke chaa turutkan apa yg aku mahu? Mampu ke chaa nak melayan manja aku ni?

Kalau dulu bergantung dengan ibu abah je. Tau dah dorang macam mana perangai aku ni,mana aku takat mana,degila aku sampai mana. 25 tahun dorang jaga aku.

Ahhh..dah start sebak.

Macam mana orang lain boleh excited nak kawin?aku x....ya ALLAH tenangkan aku,kuatkan hati ku.

Ibu,abah,nyah,kakek,baby n adik..
*tears*

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea