Sunday, 30 November 2014

9 weeks - kasih ibu

Posted by azira rahman at 16:38 1 comments Links to this post
hi,
i currently 9 weeks and 2 days pregnant.

tecik sangat lagi. kalau diibaratkan dengan buah, baru sebesar buah anggur. nyummy


*sigh*

macam mana ibu boleh lahirkan sampai 5 anak?alahan yang aku rasa sekarang buat aku rasa nak give up. ye la..mana nya nak boleh tahan. bau orang masak memang aku lari awal-awal la. boleh muntah dibuatnye. so bila aku dengar orang start nak masak contohnya bukak api dapur gas, terus aku laju-laju tutup hidung and blah dari tenpat tu sejauh jauhnya. parahhh

dah la selera makan aku hilang cam tu je. risau jugak akan effect kat baby. itu je yang aku risau. kalau pikirkan diri sendiri, memang lantak la badan aku ni nak jadi plywood ke apa. bukan tak biasa kan.,panggilan tiang lampu tu dah biasa dah. kehkeh

bawang. tah kenapa la aku tak boleh bau bawang. harituh sembang-sembang dengan cik ain kat dapur, tetiba hidung aku dapat bau bawang, terus pekup hidung laju-laju. bagitau cik ain aku tak boleh bau bawang. cik ain cakap, mana ada bawang, semalam kan dah buang habis. tah, dah aku terbau jugak nk buat cemana. rupa-rupanya bau bawang tu dari laksa. gila! bawang banyak tu pun deria bau aku boleh tangkap. kedai makan sebelah opis ni pun harus la guna bawang kan. so dalam pukul 10 tu memang akan ada bau bawang. aku yang tak dapat nak lari kemana-mana terpaksa la letak minyak cak kapak untuk legakan daria bau aku ni. bayang kan lah, hari-hari sapu minyak cap kapak kat hidung, sampai menggelupas hidung dibuatnya.

ubat. tak boleh ke tukarkan ubat dengan makanan?? macam vitamin c, bagi je la buah oren kat aku suruh makan, zat-zat vitamin yang lain tu, bagi je la sayur ke, buah ke yang berkaitan. awal awal boleh la aku telan ubat ni. sekarang....yek, nak muntah dibuatnye. busuk!

sekarang ni aku just tak sabar nk kuar dari zone alahan ni. tak sabarnya hoiii. aku nk masak balik. kesian laki aku nak makan apa-apa sekarang kena masak sendiri je, tak pun makan kat kedai je. rindunya nak masak!!habis je alahan ni memang aku masak hari-hari sampai laki aku pulak jemu nak makan. wakakaka.

baru aku sedar, betapa teruk ibu rasa nak lahirkan kami. dari sebelum lahir dah rasa susah, sampai ke besar, sampai ke dah kawin pun still nak susahkan ibu..sobs, along sayang ibu.

Sunday, 2 November 2014

5 weeks 2 days

Posted by azira rahman at 14:48 0 comments Links to this post
lumrah orang berkahwin, mesti nak kan zuriat. sama la dengan aku and husband. bulan pertama kawin die dah excited sangat nak ada baby, siap jaja dengan semua orang cakap aku dah mengandung. memalukan betul =.=

padahal period baru lewat sehari dah terkinja-kinja suruh aku test. memang negative la jawabnye. so, bila dah masuk bulan ke dua, masing-masing slow down. konon tak nak berharap sangat la sebabnye bulan lepas dah kecewa teruk. kahkah.

tapi aku dapat rasa badan ni macam lain je seminggu sebelum due period. rasa macam sakit, letih, mual semua ada. tapi aku diamkan aje sebab taknak laki aku excited lagi. lepas makin ketara tanda-tanda tu, and period pun dah lewat 2 hari, hari ketiga pagi-pagi lagi terus aku check sendiri guna pregnancy test. 2 line. alhamdulillah.

terus whatapps abah. memang dah niat, kalau aku pregnant nak bagitau abah first sebab esoknye tu birthday die. so, abah la orang first yang tahu. secondly laki aku.

kalau ikutkan pengiraan aku aku sekarang mengandung 5 minggu 2 hari kot. tak sure sebab tak pergi check kat klinik lagi. kene tunggu surat nikah sampai baru leh cek kat klinik. kang riuh lak klinik tu cakap aku hamil luar nikah. dahh jadi 1 hal.

alhamdulillah.

happy sangat. cumanya sekarang dah start rasa nak apa tu morning sickness. haishhh
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea