Sunday, 2 November 2014

5 weeks 2 days

Posted by azira rahman at 14:48
lumrah orang berkahwin, mesti nak kan zuriat. sama la dengan aku and husband. bulan pertama kawin die dah excited sangat nak ada baby, siap jaja dengan semua orang cakap aku dah mengandung. memalukan betul =.=

padahal period baru lewat sehari dah terkinja-kinja suruh aku test. memang negative la jawabnye. so, bila dah masuk bulan ke dua, masing-masing slow down. konon tak nak berharap sangat la sebabnye bulan lepas dah kecewa teruk. kahkah.

tapi aku dapat rasa badan ni macam lain je seminggu sebelum due period. rasa macam sakit, letih, mual semua ada. tapi aku diamkan aje sebab taknak laki aku excited lagi. lepas makin ketara tanda-tanda tu, and period pun dah lewat 2 hari, hari ketiga pagi-pagi lagi terus aku check sendiri guna pregnancy test. 2 line. alhamdulillah.

terus whatapps abah. memang dah niat, kalau aku pregnant nak bagitau abah first sebab esoknye tu birthday die. so, abah la orang first yang tahu. secondly laki aku.

kalau ikutkan pengiraan aku aku sekarang mengandung 5 minggu 2 hari kot. tak sure sebab tak pergi check kat klinik lagi. kene tunggu surat nikah sampai baru leh cek kat klinik. kang riuh lak klinik tu cakap aku hamil luar nikah. dahh jadi 1 hal.

alhamdulillah.

happy sangat. cumanya sekarang dah start rasa nak apa tu morning sickness. haishhh

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea