Friday, 18 September 2015

New update

Posted by azira rahman at 15:27 2 comments Links to this post
Haip.

Sebulan sekali baru nak menjengah blog ni. Kalau rumah confirm dah jadi rumah hantu dah. Hehe

Terlalu banyak yang berubah. Setelah 3 tahun 3 bulan 20 hari aku berkhidmat untuk splendid, akhirnya aku mengalah. Aku dah tak mampu nak terus kerja kat situ lagi. Semua dah tak sama, staff baru,bos baru..ahhh aku tak sanggup. Memang gaji kerja situ banyak. Pressure dari orang atas pun boleh tahan jugak la. Sebelum ni seronok je,kerja tak pressure lansung. Ahh...barang lama jangan di kenang.

So aku dah kerja kat tempat baru. Stor sayur. Sapa sangka aku boleh kerja kat sini. Lama dah kot teringin nak kerja kat sini. Hehe. Masuk kerja pukul 9, balik paling awal 3, paling lambat tak sanpai pukul 5. Best......

Apa apa pun fokus aku sekarang bukan kerjaya. Fokus aku sekarang si kenit aku tu. Arissa. Duit laki aku boleh cari ape,cukup je..just untuk aku bermewah je laa aku kerja ni.

Ape la kenit ibu buat sekarang ye....ibu rindu laaa. Ibu tunggu nak balik je ni...

Kenit tapi suka tengok camera

Pandai dah nak ajak ibu sembang sekarang



Wednesday, 12 August 2015

Doktor lelaki sambut kelahiran. Wajar ke???

Posted by azira rahman at 13:07 1 comments Links to this post



Lama dah sebenarnya isu doktor lelaki sambut kelahiran ni. Sebelum ni memang aku tak kisah lansung pasal isu ni. Yelaa, bukan aku mengandung pun,bukan aku nak bersalin pun kan.

Alhamdulillah la. Masa aku bersalin haritu, aku dapat doktor perempuan. Doktor india. Masa tu aku dah tak fikir yang aku nak doktor perempuan ke doktor lelaki. Yang aku fikir aku sakit.

Bila dah besalin baru aku lega sebab semua yang terlibat masa aku bersalin tu perempuan. Sampai laa proses jahit luka tu.

Tetiba je ada doktor laki masuk. Muda pulak tu. Dah kenapa die nak masuk??dah selesai kan semua benda. Die macam xde sebab pun masuk dalam tu. Jalan sana,jalan sini. Geram pulak aku tengok.

Pastu die cakap kat doktor india tu nk belajar jahit luka bersalin. What da???!!! Oii kenapa ko nk belajar aku yang kena jadi subjek?? Start die mengadap luka kononnya nk belajar jahit tu,start tu jugak la aku tarik tudung aku tutup muka. Ahaha...of course la serabai gila jadinya. Tapi aku tak kesah dah, dah aku tak boleh nk cover aurat aku,aku cover je la muka ni. 

Nasib baik la sekejap je die hadap aku. Sebab lepas tu senior die datang marah die sebab buang masa kat situ padahal banyak lagi patients. Die pun keluar. So tinggal la aku dengan doktor india tu je. Fuhhh lega. Baru la aku tunjukkan balik muka aku tu. Ehehe...

Kesimpulannya..ko xkan boleh ramal sape yang akan masuk bilik ko tu. Sekarang pun dah ada seluar untuk bersalin,tapi kalau dah spesis doktor tu masuk xguna jugak kan...doa aje laaa..nak lagi selamat bersalin je kat swasta,tapi sedia duit banyak-banyak je la.

Sunday, 9 August 2015

Pengalaman bersalin nur arissa az-zahra

Posted by azira rahman at 17:10 1 comments Links to this post
29 june 2015
Aku bangun bersahur macam biasa. Lepas sahur aku baring-baring dulu sementara nak tunggu waktu subuh,tetiba perut aku rasa macam sakit senggugut tu. Mula la aku bersujud. Sebab bila dalam keadaan sujud tu aku rasa aku dapat kurangkan sakit senggugut tu. Tak lama lepas tu sakit hilang.

Pukul 9 aku ada appointment dekat klinik kesihatan. Aku pergi sendiri je naik kereta sebab dekat je and aku tak expect lansung aku akan bersalin haritu. Masa tengah menunggu giliran nak check perut, banyak kali jugak aku rasa sakit tu. Sakit macam senggugut kat bahagian bawah perut. Tapi aku buat bodoh lagi. Ahahaha name pun anak sulung,mana la aku tau tanda nak bersalin tu cemana.

Time nurse check perut aku pun jadi jugak contraction tu. Nurse tu teka aku akan bersalin harini. Aku jawab,harap2 laa nurse. Kahkahkah.

Balik rumah je terus sembang-sembang dengan ibu. Aku bgtau la die yang sakit aku ni dah rasa kerap,tapi tak sakit sangat pun. Sempat lagi main-main dengan ibu dan adik-adik konon nak kira contraction. Penyudahnye aku dok kat dapur tengok dorang masak kuih nak jual. Jujur aku cakap,sakit tu ada cuma tak sakit sangat pun la. Sakit yang aku still boleh tahan.

Hasil bacaan aku kata kalau nak senang besalin kene banyak berjalan. So dalam dok rasa sakit sikit-sikit tu gigih la nak ikut ibu pergi shopping barang dapur. Ibu mati-mati tak nak bawak aku,katanya buat susah die je kalau aku bersalin kat kedai cina tu nanti. Aishh keji je ayat ibu ni kann....

Lepas solat zohor aku baring-baring sebab rasa sakit makin kuat. Sampai satu tahap tu, aku lebih selesa tahan sakit dalam keadaan berdiri. Bila aku dah rasa tak tahan sangat baru ajak ibu pergi hospital. Saja aku taknak pergi hospital awal. Kalau bukaan sikit dorang akan suruh balik jugak kan.

So,sampai hospital sultanah bahiyah yang jaraknya 5 minit je dari rumah aku,aku dengan ibu terus pergi daftar kat kaunter bersalin. Eh tah ape nama kaunter tu tapi orang sakit nak bersalin daftar situ la.

Aku kene masuk dalam sebab dorang nak cek bukaan, jantung baby apa semua. Well bukaan dah 3 cm. Wahhh macam tak percaya je. Boleh terus masuk ward kata nurse. Aku keluar inform kat ibu yang aku boleh masuk ward dah sambil-sambil tu capai nset call laki aku. Bgtau dia dah boleh balik alor setar sebab tak lama lagi nak bersalin. Aku suruh dia bertolak balik lepas berbuka. Kononnya lambat lagi la aku nak bersalin tu.

Sakit makin kerap. Nurse suggest suruh doktor cek lagi bukaan dah berapa. Fuh 5cm dah. Kene masuk labour room terus kata dorang. Time tu la air ketuban aku dipecahkan. Rupanya baby dah berak dalam tu. Ape ni arissa, sakit perut sangat ke berak dalam perut ibu??hehe

Time tu sakit memang dah tak tertahan dah. Nurse doktor dalam tu semua suruh aku baring atas katil. Ehh memang tak laa aku nak baring. Sakit oii..kalau berdiri ke,duduk ke boleh la tahan lagi rasa tu.

Lebih kurang pukul 6 petang aku kene tolak masuk labour room. Aku pun tak sangka macam ni punya cepat proses bersalin aku. Yela selalu aku baca,anak sulung proses nk bersalin tu lama. Bukaan akan bukak 1cm dalam masa 1 jam. Memang tak expect lansung. Alhamdulillah.

Nurse tanya mana suami?nak panggil masuk x? Alahai...sedih beno rasa time tu. "Suami xde, odw dari cameron. Nak panggil ibu masuk teman boleh?". Nurse tu keluar la nak panggil ibu. Time tu pukul 7.15 dah. Nurse bgtau ibu dah balik bukak posa. Ahahahambar....aku lupa ibu nak bukak posa. Sobs. "Xpa,nurse pun boleh teman aih". Ye la nurse, mekasih sangat.

Arissa hampir lemas dalam perut aku disebabkan aku takde tenaga dan contraction aku pendek-pendek. Aku puasa lagi kot haritu, bukak puasa sebelum nak pergi hospital,tu pun minum air tropikana je. So mana la nak datang tenaga nak meneran tu. Doktor dengan nurse dah kelam kabut dah bila jantung arissa dah slow. Aku pun dengar bunyi jantung yg semakin pelan tu. Dengan sisa tenaga yang still ada, aku teran sepenuh hati aku. Aku buat untuk anak aku,zuriat aku. Aku akan buat apa saja untuk dia. Menagis la jugak aku time tu.

Struggle punya struggle, baby arissa yang sangat comel keluar jam 8.06 malam, seberat 2.82kg. Sebelum arissa keluar, aku memang tak tau lansung jantina anak aku. So tersangat laa suprise,pandai arissa. Betul cakap ayu,lepas nampak arissa hilang semua rasa sakit yang aku rasa sebelum tu. Syukur arissa selamat.

Lagi 1 struggle time kene jahit. Arghhh gila kau kene jahit hidup-hidup. Sampai sekarang aku tak boleh nak lupa rasa benang kene tarik kat kulit aku ni. Ngeri wehh...ngeri. Menjerit jerit aku time tu. Tak peduli dah apa orang nak kata. Sampai aku dengar nurse cakap "saya xpernah jumpa patient camni". Lantak! Tapi aku mintak maaf balik tau kat doktor tu sebab aku susahkan kerja dia. Hehe

Suami sampai pukul 11 malam. Jumpe dengan die terus die tanya

"nape xtunggu abang??"

Betuah punya laki.






Thursday, 6 August 2015

Overprotective mom

Posted by azira rahman at 22:55 0 comments Links to this post
Sejak ada arissa,aku jadi terlalu overprotective. Terlalu...sangat...

Sampaikan kadang-kadang tu dengan adik beradik aku sendiri pun aku berkira. Nampak dorang berkasar je dengan arissa,cepat je tangan aku ni ambik arissa dari tangan dorang. Otak aku sampai xsempat pun nak fikirkan ape laa perasaan dorang bila aku react macamtu. Mesti dorang kecik hati dengan aku kan...semua pun xboleh. Sorry

Ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anak dia kan. Aku punya perancangan untuk arissa tersangat laa banyak. Contohnya, aku nak fully breastfeed arissa sampai 6 bulan, TANPA apa2 makanan tambahan lain, tak nak ajar die isap puting, xnak ajar die berminat dengan gadget dan macam2 tak nak lagi la....

Harapan aku orang sekeliling aku akan support ape yang aku nak buat untuk arissa ni especially husband dengan family aku. Tak payah susah2 suapkan arissa apa2 makanan pun sebelum umur die 6 bulan. Terima kasih saja laa sebab takot arissa lapar. Nanti arissa sakit aku sorang je bersusah payah jage die,orang yang suap tu tah kemana....

Semua apa yang aku nak buat untuk arissa mesti laa benda tu bawak kebaikan kat die,aku takkan buat menda yang memudaratkan die.

Support. Just support me.

Itu je yang aku nak. Bukan aku mintak jagekan arissa pun, tak susahkan orang lain pun kan. Untuk arissa...aku akan tetapkan hati aku,pendirian aku.

Sebab ibu sayang arissa sangat.

Wednesday, 5 August 2015

Politikus....tuihh skettt

Posted by azira rahman at 09:38 0 comments Links to this post
Politik malaysia dah macam apa je sekarang aku tengok. Seriously,sejak dulu memang aku lansung tak berminat nak involve dalam politik,ambik tahu pun aku rasa malas.

Terlalu banyak korupsi yang kita boleh tengok sekarang.

Perasaan??

Sedih dengan rakyat,kesian dengan pemimpin. Kenapa sedih dengan rakyat?sebabnya rakyat makin terhimpit hidupnya. Yang susah akan makin melarat,yang berada akan mula merasa kekurangan. Bila keadaan macam ni jadi,aku pandang orang yang ada kat bawah. Macam mana dorang nak teruskan hidup dengan duit tak seberapa sedangkan aku pun rasa kesempitan tu. Sedih jugak sebab ada segelintir rakyat yang masih tak sedar yang dorang tu jadi boneka pemimpin je. Bila nk PRU dapat sogokan itu ini,janji itu ini...terus sokong. Sedih......

Aku jugak kesian dengan pemimpin. Selamanya ke korang akan ada kat atas???mungkin dorang pikir macam tu. Hakikatnya x. Ahh....tak guna aku cakap pasal dorang. Hanya ALLAH je yang berkuasa untuk ubah semua ni.

Ohh...

Politik ni senang tau kalau korang nak jadi orang atas (naik pangkat). Korang just kena ampu/kipas (atau kalau nak kuat lagi guna aircond) bos korang. Kalau keadaan macam ni tak payah tunggu politik malaysia. Politik kat tempat kerja aku sendiri pun ada keadaan ni. Orang yang kuat mengampu..mengipas bos,cepat laa naik pangkat,naik gaji. Well....aku pulak jenis yang kerja. Dan yakin kerja yang kuat dan berkualiti tu yang akan dipandang dan dinilai untuk kenaikan pangkat/gaji walaupun bos tu xpandang kerja, yang dia tau sapa ampu dia,dia sayang lebih. Aku mengaku,aku tak suka bos aku dan dia pun tak suka aku. Dan dengan hanya 1 sebab tu laa gaji aku dah 2 tahun tak naik dan bonus aku setaraf dengan pekerja yang baru masuk???!!dafak??
Nampak kan......

Sapa yang kuat mengampu die,kerja xsampai setahun pun increment mau 2-3 kali. Untung laaa kan. Pernah ada senior staff aku suruh berbaik dengan bos,untuk jaga kepentingan aku. Tapi aku tak boleh, sebab aku bukan jenis pandai bermuka-muka. When i said no, it's mean no.

Takpe,aku percaya ALLAH sentiasa ada untuk aku. Kalau laa aku diberhentikan kerja sekalipun, maksudnya ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk aku. Kau xboleh nk control aku la "kau yang menggelarkan diri sendiri 'bos'" tu. Be a good boss that i can respect. Ni x, kerja tak boleh buat,apa pun xtau. Tapi ada hati nak arah aku macam2.

Emo pulak kan. Hewhew.

Last word from me.
"Tak guna mengampu weyy,tak kemana pun"

Tuihh sket

Nur arissa az-zahra binti nasaruddin

Posted by azira rahman at 07:15 0 comments Links to this post
Simple update

I'm officially a mom to a cute baby girl.
Named nur arissa az-zahra binti nasaruddin.
She currently 37days old.

Cepat sangat je rasa.
Dah nak kena balik cameron and continue work.
Seriously aku rasa malas sangat.
Lumrah kot kan kalau dah cuti lelama then akan rasa malas untuk sambung keje.

Hidup aku akan berubah sepenuhnya nanti.
Go azira go!!!




Wednesday, 27 May 2015

KAWAN

Posted by azira rahman at 16:21 0 comments Links to this post
hi.

semenjak dua menjak ni aku asyik termimpikan kawan aku je. tah kenapa la. rindu sangat kot. lama sangat dah aku tak bersua muka dengan dia. dah semakin jauh la katakan. lagipun siapa la aku ni nak buat tak malu tegur sana sini kan.

kawan, 
semoga kau berbahagia disamping orang-orang yang kau sayang.
walau kita jauh, aku tak pernah lupa untuk doakan ko setiap kali lepas solat.
semoga kau dapat apa yang kau idamkan.

walau kita jauh...
dan semakin jauh...
aku masih berharap,
suatu hari nani kita akan bersama semula.

itu harapan aku.


Sunday, 3 May 2015

keberkatan rezeki

Posted by azira rahman at 16:02 0 comments Links to this post
ibu selalu pesan, cari rezeki yang berkat..cari rezeki yang berkat, jangan curi tulang time kerja, sampaikan aku call waktu kerja pun dia akan cepat-cepat nak putuskan panggilan sebab aku curi tulang katanya. nanti rezeki aku tak berkat.

itu jugak yang aku pesan dengan laki aku. biar rezeki kita sikit, tapi berkat. sebab bila rezeki tu ada keberkatan insyaallah cukup. ibu cakap dulu masa dekat kl, sebelum abah jadi cikgu, abah kerja kutip duit kat public phone kot. *lupa*. gajinya sikit sangat, RM500 je kot sebulan. mana nak bayar sewa rumah lagi, nak makan lagi. tapi alhamdulillah la, rezeki abah adalah rezeki yang berkat. cukup je belanja tiap-tiap bulan.

aku mengaku, dulu aku kerap je tak cukup duit. asal sampai tengah bulan je mula rasa sesak. biasa la...waktu tu aku malas nak pikir pasal keberkatan rezeki ni walaupun ibu ulang-ulang cakap. sampailaa aku pergi umrah, balik umrah pun aku masih sama. tapi sekarang aku dah berniat, aku nak cari rezeki yang berkat untuk keluarga aku, untuk anak aku. insyaallah.

laki aku pun ada cakap, gaji kerja guard malam dia macam tak nampak je ke mana, sedar-sedar dah habis. see....mana nak berkat, pergi tido saja. hewhew. kerja siang dia jugak la yang buat dia mewahkan aku. alhamdulillah.

aku pun nk berpesan kepada semua la...cari rezeki yang berkat. jangan tipu, jangan masuk kerja lambat, balik awal, cuti cakap kerja, kerja half day cakap full day. semua tu senangkan kita sekejap je, senonok dunia orang cakap. jangan berdengki dengan orang, rezeki tu allah yang tentukan. manusia tak ada kuasa nak tentukan rezeki kita. *pesanan untuk diri sendiri jugak*

semenjak nak ada baby ni, terus rasa macam nak kerja sungguh-sungguh. nak besarkan baby dengan duit yang halal, yang berkat. insyaallah.

Friday, 20 March 2015

15 weeks to go

Posted by azira rahman at 15:45 1 comments Links to this post
alhamdulillah...aku dah masuk 25 minggu sekarang. maknanya lagi 15 minggu bersamaan dengan 104 hari lagi sebelum menyambut "orang baru". itu pun kalau die keluar ngam-ngam tarikh due, kalau awal, awal la jawabnye.


aktifnye allah je yang tahu. dah pandai sepak-sepak tulang rusuk dah sekarang. ngilu je rasa. maybe space untuk die golek-golek macam dulu dah berkurang. mengadu dengan ibu.

"buasnya die main-main dalam ni ibu. berombak-ombak perut along"
"tak baik cakap die buas. cakap anak bertuah, harap-harap jadi anak yang baik nanti"
"oh, anak bertuah ibu"

kebiasaan, orang start beli barang baby bila masuk 7 bulan. ibu pun pesan macam tu. aku pun buat rilex je la. tetiba, dah masuk 6 bulan ni, dengan GST nya bulan depan. terus rasa macam aku patut start beli barang sikit-sikit. tanya pendapat ibu, and ibu kata "beli la".

bermula la pencarian aku. aku ni semua online aje. senang. tak payah susah-susah berpanas nak beli barang kat ipoh. baring atas katil aje dah boleh dapat barang. aku baru beli set rompers dengan sock, set seluar dengan receiving blanket. murah wehhh,,,3 barang tu baru RM113 termasuk postage. kalau kat kedai memang tak dapat la jawabnye. 

lain cerita pulak la dengan adik ipar aku. die dah complete beli semua. nak elak GST katanya. aku pulak tak boleh la nak beli meriah-meriah sangat sebab nak bersalin kat alor setar. kang nak pakai apa angkut semua barang baby tu balik??dah aa kereta kami ni kecik comey. penyudahnye, aku dengan chaa bahagi tugas dengan ibu. ibu sedia semua barang baby, kami just beli sket2 incase terberanak kat sini, kehkehkeh bergeliga tak otak aku???

baby, ibu tak sabar nak tunggu baby keluar. nanti 6hb april baby show "tut" baby tau. senang ibu nak beli baju kat baby.

Sunday, 15 March 2015

jangan bandingkan

Posted by azira rahman at 15:27 0 comments Links to this post
"aku jelez tengok korang berdua, berkepit kemana saja. buat apa pun sama-sama. bukan macam aku dengan suami aku, dia kehulu, aku kehilir"

"ko cuba la belajar pandai-pandai bagi dapat nombor 1 macam anak jiran kita tu. ni tak, asyik dapat nombor last saje"

"eh, ko tak boleh ke belajar masak? abah tengok anak-anak makjang tu rajin je memasak kat dapur. anak-anak abah kat rumah asyik melepak je. kesian ibu"

yeah. 3 situasi berbeza.

apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah jangan cuba nak membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain. macam contoh aku kat atas, membandingkan suami sendiri dengan suami orang, banding anak sendiri dengan anak jiran, banding anak sendiri dengan anak buah. kalau kite membandingkan, dah tentu lah kite akan nampak kekurangan kan. sebabnye kita membandingkan mereka-mereka tu dengan orang yang lebih baik.

dari segi semangat persaigan, tu memang baik sebab boleh meningkatkan motivasi diri seseorang. tapi dalam kes suami isteri, aku rasa tak wajar sangat kalau kita membandingkan suami/isteri dengan orang lain. kau dah terima suami/isteri ko seadanya waktu terima nikah. kenapa sekarang baru nak membanding??sebab baru tau kekurangan die? kekurangan tu kau yang cari memang la ko akan jumpa, kekurangan tu memang ada dalam diri die sejak sebelum ko terima nikah die. jadi ko tak boleh salahkan die sekarang.

dalam keadaan aku sendiri, aku akui, laki aku sendiri banyak kekurangan. tapi alhamdulillah, kami bahagia sebab saling terima kekurangan masing-masing. tak pernah nak banding dengan orang lain. aku mengaku, aku tak pandai masak sangat. tapi suami aku xpernah nak komen, kadang tu aku yang rasa kesian dengan die. makan je makanan tak sedap tu sampai habis. sikit kritikan pun tak keluar dari mulut die.

situasi ke dua boleh diaplikasi kan pada anak-anak untuk menaikkan motivati dorang, menaikkan semangat persaingan mereka. tapi sebagai ibu bapa, mereka harus tahu tahap anak-anak mereka tu kat mana. kalau dah setiap kali exam semua subject gagal, tak patut mereka nak expect anak mereka dapat number 1 kan. sekurang-kurangnya bagi semangat kat anak-anak, teman dorang study. bantu dorang apa yang dorang tak paham. bukan "lantakkan" dorang apa dorang nak buat. sampai bila pun budak tu takkan maju.

well. situasi ke tiga adalah kisah benar. ahahaha. abah sendiri membandingkan anak-anak die dengan anak-anak makjang. seriously, bengkek gile la kalau aku dengar abah dok banding dulu-dulu. dorang tak dok asrama, kami semua dok asrama. bila la kan nak belajar masak semua tu. tapi aku tak salahkan abah jugak la. die mesti kesian dengan ibu. ada ramai anak perempuan, tapi semua kerja kena buat sendiri. tapi alhamdulullah la...berontak kami waktu tu je. sekarang masing-masing dah pandai masak walaupun yang basic-basic je. aku sebab dah kawin harus la pandai masak, nyah sendiri rasa nak masak, kakek die lebih ke baking. baby dengan adik still sekolah.

jadi orang jugak kami kan abah.

Saturday, 28 February 2015

kesayangan

Posted by azira rahman at 10:36 0 comments Links to this post
aku sangat sayangkan kucing-kucing aku. orang-orang yang rapat dengan aku je tau betapa aku ni sayangkan dorang. aku mudah sebak bila berkaitan meow-meow aku neh. sayang sangat la tu kan. sampaikan aku anggap dorang ni adik beradik aku sendiri, siap bahasakan diri aku ALONG. kau mampu??haaa

nak dijadikan cerita, laki aku cakap meow aku menyebabkan alah kat cousin aku, sampaikan sakit-sakit kena admit ward. aku rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama aku tak boleh berpisah dengan dorang. mula la otak aku ni pikirkan macam-macam. bawak balik kedah la, pindah dok rumah lama laa,,,,cari rumah lain pun aku dah pikir tau.

laki aku suggest nak buatkan tempat dorang kat area bawah rumah. ok, situ memang ok. tapi itulah, kalau dah namanya sayang. aku terpikir cemana la kalau dorang sejuk kat bawah tu? cemana la tetiba ada haiwan berbisa cam ular ke pergi kacau dorang? kalau bebudak nakal bukak cage dorang cemana?
arghhhh banyaknye cemana aku....banyak sangat aku pikir sekarang. 

*menagis*

so far, aku tak ada apa-apa solution lagi. aku nak tunggu dan lihat je ape yang jadi nanti. 




Friday, 20 February 2015

gambar ziarah madinah

Posted by azira rahman at 11:31 0 comments Links to this post
assalamualaikum

semalam aku dah share sedikit pengalaman aku menunaikan umrah semasa mengandung kan. so sekarang aku nak mengabadikan gambar-gambar kenagan aku kat sana pulak. post bergambar saja la ni.

lepas dengar taklimat sebelum masuk ke Raudhah

abah je yang takde

it's me!

ni lepas bersesak-sesak keluar dari Raudhah. alhamdulillah, dapat jugak solat sunat dan berdoa kat sana

gemoknya aii. nak pergi solat maghrib rasanya ni

masjid quba. masjid pertama rasulullah bina. pahala solat kat masjid ni adalah bersamaan 1 kali umrah.

bergambar adik beradik kat luar masjid quba. well aku sendiri konpius mana satu aku.

ni kat luar hotel sebelum ziarah di madinah

panas terik, tapi lantainya masyaallah sejuk sangat. kami lepas ziarah wida. semoga berjumpa lagi Ya Rasulullah.


yeay!! ada jugak gambar 1 family. adik duduk terus sebab tertewas dengan lantai sejuk tu.

ziarah di jabal nur, makkah.

itu saje la buat masa sekarang. tak mampu rasanya nak upload semua gambar. next entry akan upload pasal ziarag makkah pulak.

Thursday, 19 February 2015

umrah semasa mengandung

Posted by azira rahman at 17:16 2 comments Links to this post
alhamdulillah....

harini dah lebih kurang 4 hari aku sampai malaysia setelah dua minggu menunaikan umrah. seronok sebab dah dijemput untuk jadi tetamu ALLAH. yang kurang seronoknya tu chaa tak ikut. itu je la. nak kerja cari duit untuk baby katanya. ye laa abang, orang paham.

so, sekarang baby aku dah 21 minggu, ada la 'secoet' baby bump tu. apa boleh buat, badan kurus sampaikan baby bump pun segan-segan nak keluar.

19 WEEKS TO GO!!!

hoyeahhhh

pengalaman mengerjakan umrah time pregnant? ada baik dan buruknya. baiknya tu sebab tak payah susah-susah nak telan pil itu ini untuk halang period keluar. aku rasa itu je la baiknya. buruknya tu punya la banyak. yela, time pregnant kan stamina kite dah kurang, pakai baju lepas mandi pun boleh mengah, apatah lagi nak buat rukun-rukun umrah ni kan.

jujur aku cakap, aku hanya mampu buat sekali umrah and 2 kali tawaf sunat. itu je. nak habiskan 1 umarah pun rasa macam ape dah. habis je sa'ie, bila pakai kasut je terus tak muat menandakan kaki aku dah start bengkak. adoiyaiii.....itu baru 1 umrah. padahal adik-adik aku yang lain mampu buat 3 kali umrah. hebat kan dorang. siap boleh panjat gua hira' lagi, gua di mana nabi muhamad SAW menerima wahyu tu. perjalanan dari hotel ke masjid pun agak jauh la bagi orang macam aku ni, jaraknya lebih kurang 300 meter. banyak kali la jugak skip solat kat masjid. hewhew letih aa. 

orang mengandung ni jugak kejap-kejap nak kencing, kejap-kejap nak kencing. aku memang tak dapat nak menjaga wuduk aku lama-lama. contoh macam nak pergi solat asar sampai  isyak kat masjid. memang tak dapat aa, dah aa toiletnya jauh plus ramai gila orang. aku mampu tahan maghrib sampai isyak je, itu pun tahan diri tak minum air LANSUNG. 

nasihat aku, kalau nak pergi beribadat kat sana, baik pergi time sihat tak mengandung. bukan apa, rugi sangat kalau dah sampai sini tapi pergerakan terbatas. eh, ada lagi 1 sebab kenapa aku semangat nak pergi buat umrah time pregnant ni...sebabnye, aku nak doakan baby aku. hewhew. semoga baby sihat ape semua. ibu tak sabar sangat nak jumpa baby tau!!
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea