Saturday, 28 February 2015

kesayangan

Posted by azira rahman at 10:36 0 comments Links to this post
aku sangat sayangkan kucing-kucing aku. orang-orang yang rapat dengan aku je tau betapa aku ni sayangkan dorang. aku mudah sebak bila berkaitan meow-meow aku neh. sayang sangat la tu kan. sampaikan aku anggap dorang ni adik beradik aku sendiri, siap bahasakan diri aku ALONG. kau mampu??haaa

nak dijadikan cerita, laki aku cakap meow aku menyebabkan alah kat cousin aku, sampaikan sakit-sakit kena admit ward. aku rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama aku tak boleh berpisah dengan dorang. mula la otak aku ni pikirkan macam-macam. bawak balik kedah la, pindah dok rumah lama laa,,,,cari rumah lain pun aku dah pikir tau.

laki aku suggest nak buatkan tempat dorang kat area bawah rumah. ok, situ memang ok. tapi itulah, kalau dah namanya sayang. aku terpikir cemana la kalau dorang sejuk kat bawah tu? cemana la tetiba ada haiwan berbisa cam ular ke pergi kacau dorang? kalau bebudak nakal bukak cage dorang cemana?
arghhhh banyaknye cemana aku....banyak sangat aku pikir sekarang. 

*menagis*

so far, aku tak ada apa-apa solution lagi. aku nak tunggu dan lihat je ape yang jadi nanti. 




Friday, 20 February 2015

gambar ziarah madinah

Posted by azira rahman at 11:31 0 comments Links to this post
assalamualaikum

semalam aku dah share sedikit pengalaman aku menunaikan umrah semasa mengandung kan. so sekarang aku nak mengabadikan gambar-gambar kenagan aku kat sana pulak. post bergambar saja la ni.

lepas dengar taklimat sebelum masuk ke Raudhah

abah je yang takde

it's me!

ni lepas bersesak-sesak keluar dari Raudhah. alhamdulillah, dapat jugak solat sunat dan berdoa kat sana

gemoknya aii. nak pergi solat maghrib rasanya ni

masjid quba. masjid pertama rasulullah bina. pahala solat kat masjid ni adalah bersamaan 1 kali umrah.

bergambar adik beradik kat luar masjid quba. well aku sendiri konpius mana satu aku.

ni kat luar hotel sebelum ziarah di madinah

panas terik, tapi lantainya masyaallah sejuk sangat. kami lepas ziarah wida. semoga berjumpa lagi Ya Rasulullah.


yeay!! ada jugak gambar 1 family. adik duduk terus sebab tertewas dengan lantai sejuk tu.

ziarah di jabal nur, makkah.

itu saje la buat masa sekarang. tak mampu rasanya nak upload semua gambar. next entry akan upload pasal ziarag makkah pulak.

Thursday, 19 February 2015

umrah semasa mengandung

Posted by azira rahman at 17:16 2 comments Links to this post
alhamdulillah....

harini dah lebih kurang 4 hari aku sampai malaysia setelah dua minggu menunaikan umrah. seronok sebab dah dijemput untuk jadi tetamu ALLAH. yang kurang seronoknya tu chaa tak ikut. itu je la. nak kerja cari duit untuk baby katanya. ye laa abang, orang paham.

so, sekarang baby aku dah 21 minggu, ada la 'secoet' baby bump tu. apa boleh buat, badan kurus sampaikan baby bump pun segan-segan nak keluar.

19 WEEKS TO GO!!!

hoyeahhhh

pengalaman mengerjakan umrah time pregnant? ada baik dan buruknya. baiknya tu sebab tak payah susah-susah nak telan pil itu ini untuk halang period keluar. aku rasa itu je la baiknya. buruknya tu punya la banyak. yela, time pregnant kan stamina kite dah kurang, pakai baju lepas mandi pun boleh mengah, apatah lagi nak buat rukun-rukun umrah ni kan.

jujur aku cakap, aku hanya mampu buat sekali umrah and 2 kali tawaf sunat. itu je. nak habiskan 1 umarah pun rasa macam ape dah. habis je sa'ie, bila pakai kasut je terus tak muat menandakan kaki aku dah start bengkak. adoiyaiii.....itu baru 1 umrah. padahal adik-adik aku yang lain mampu buat 3 kali umrah. hebat kan dorang. siap boleh panjat gua hira' lagi, gua di mana nabi muhamad SAW menerima wahyu tu. perjalanan dari hotel ke masjid pun agak jauh la bagi orang macam aku ni, jaraknya lebih kurang 300 meter. banyak kali la jugak skip solat kat masjid. hewhew letih aa. 

orang mengandung ni jugak kejap-kejap nak kencing, kejap-kejap nak kencing. aku memang tak dapat nak menjaga wuduk aku lama-lama. contoh macam nak pergi solat asar sampai  isyak kat masjid. memang tak dapat aa, dah aa toiletnya jauh plus ramai gila orang. aku mampu tahan maghrib sampai isyak je, itu pun tahan diri tak minum air LANSUNG. 

nasihat aku, kalau nak pergi beribadat kat sana, baik pergi time sihat tak mengandung. bukan apa, rugi sangat kalau dah sampai sini tapi pergerakan terbatas. eh, ada lagi 1 sebab kenapa aku semangat nak pergi buat umrah time pregnant ni...sebabnye, aku nak doakan baby aku. hewhew. semoga baby sihat ape semua. ibu tak sabar sangat nak jumpa baby tau!!
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea