Saturday, 28 February 2015

kesayangan

Posted by azira rahman at 10:36
aku sangat sayangkan kucing-kucing aku. orang-orang yang rapat dengan aku je tau betapa aku ni sayangkan dorang. aku mudah sebak bila berkaitan meow-meow aku neh. sayang sangat la tu kan. sampaikan aku anggap dorang ni adik beradik aku sendiri, siap bahasakan diri aku ALONG. kau mampu??haaa

nak dijadikan cerita, laki aku cakap meow aku menyebabkan alah kat cousin aku, sampaikan sakit-sakit kena admit ward. aku rasa bersalah, tapi dalam masa yang sama aku tak boleh berpisah dengan dorang. mula la otak aku ni pikirkan macam-macam. bawak balik kedah la, pindah dok rumah lama laa,,,,cari rumah lain pun aku dah pikir tau.

laki aku suggest nak buatkan tempat dorang kat area bawah rumah. ok, situ memang ok. tapi itulah, kalau dah namanya sayang. aku terpikir cemana la kalau dorang sejuk kat bawah tu? cemana la tetiba ada haiwan berbisa cam ular ke pergi kacau dorang? kalau bebudak nakal bukak cage dorang cemana?
arghhhh banyaknye cemana aku....banyak sangat aku pikir sekarang. 

*menagis*

so far, aku tak ada apa-apa solution lagi. aku nak tunggu dan lihat je ape yang jadi nanti. 




0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea