Friday, 20 March 2015

15 weeks to go

Posted by azira rahman at 15:45
alhamdulillah...aku dah masuk 25 minggu sekarang. maknanya lagi 15 minggu bersamaan dengan 104 hari lagi sebelum menyambut "orang baru". itu pun kalau die keluar ngam-ngam tarikh due, kalau awal, awal la jawabnye.


aktifnye allah je yang tahu. dah pandai sepak-sepak tulang rusuk dah sekarang. ngilu je rasa. maybe space untuk die golek-golek macam dulu dah berkurang. mengadu dengan ibu.

"buasnya die main-main dalam ni ibu. berombak-ombak perut along"
"tak baik cakap die buas. cakap anak bertuah, harap-harap jadi anak yang baik nanti"
"oh, anak bertuah ibu"

kebiasaan, orang start beli barang baby bila masuk 7 bulan. ibu pun pesan macam tu. aku pun buat rilex je la. tetiba, dah masuk 6 bulan ni, dengan GST nya bulan depan. terus rasa macam aku patut start beli barang sikit-sikit. tanya pendapat ibu, and ibu kata "beli la".

bermula la pencarian aku. aku ni semua online aje. senang. tak payah susah-susah berpanas nak beli barang kat ipoh. baring atas katil aje dah boleh dapat barang. aku baru beli set rompers dengan sock, set seluar dengan receiving blanket. murah wehhh,,,3 barang tu baru RM113 termasuk postage. kalau kat kedai memang tak dapat la jawabnye. 

lain cerita pulak la dengan adik ipar aku. die dah complete beli semua. nak elak GST katanya. aku pulak tak boleh la nak beli meriah-meriah sangat sebab nak bersalin kat alor setar. kang nak pakai apa angkut semua barang baby tu balik??dah aa kereta kami ni kecik comey. penyudahnye, aku dengan chaa bahagi tugas dengan ibu. ibu sedia semua barang baby, kami just beli sket2 incase terberanak kat sini, kehkehkeh bergeliga tak otak aku???

baby, ibu tak sabar nak tunggu baby keluar. nanti 6hb april baby show "tut" baby tau. senang ibu nak beli baju kat baby.

1 comments:

Cik Aish said...

tak sabar menghitung hari ye :)

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea