Sunday, 15 March 2015

jangan bandingkan

Posted by azira rahman at 15:27
"aku jelez tengok korang berdua, berkepit kemana saja. buat apa pun sama-sama. bukan macam aku dengan suami aku, dia kehulu, aku kehilir"

"ko cuba la belajar pandai-pandai bagi dapat nombor 1 macam anak jiran kita tu. ni tak, asyik dapat nombor last saje"

"eh, ko tak boleh ke belajar masak? abah tengok anak-anak makjang tu rajin je memasak kat dapur. anak-anak abah kat rumah asyik melepak je. kesian ibu"

yeah. 3 situasi berbeza.

apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah jangan cuba nak membandingkan seseorang dengan seseorang yang lain. macam contoh aku kat atas, membandingkan suami sendiri dengan suami orang, banding anak sendiri dengan anak jiran, banding anak sendiri dengan anak buah. kalau kite membandingkan, dah tentu lah kite akan nampak kekurangan kan. sebabnye kita membandingkan mereka-mereka tu dengan orang yang lebih baik.

dari segi semangat persaigan, tu memang baik sebab boleh meningkatkan motivasi diri seseorang. tapi dalam kes suami isteri, aku rasa tak wajar sangat kalau kita membandingkan suami/isteri dengan orang lain. kau dah terima suami/isteri ko seadanya waktu terima nikah. kenapa sekarang baru nak membanding??sebab baru tau kekurangan die? kekurangan tu kau yang cari memang la ko akan jumpa, kekurangan tu memang ada dalam diri die sejak sebelum ko terima nikah die. jadi ko tak boleh salahkan die sekarang.

dalam keadaan aku sendiri, aku akui, laki aku sendiri banyak kekurangan. tapi alhamdulillah, kami bahagia sebab saling terima kekurangan masing-masing. tak pernah nak banding dengan orang lain. aku mengaku, aku tak pandai masak sangat. tapi suami aku xpernah nak komen, kadang tu aku yang rasa kesian dengan die. makan je makanan tak sedap tu sampai habis. sikit kritikan pun tak keluar dari mulut die.

situasi ke dua boleh diaplikasi kan pada anak-anak untuk menaikkan motivati dorang, menaikkan semangat persaingan mereka. tapi sebagai ibu bapa, mereka harus tahu tahap anak-anak mereka tu kat mana. kalau dah setiap kali exam semua subject gagal, tak patut mereka nak expect anak mereka dapat number 1 kan. sekurang-kurangnya bagi semangat kat anak-anak, teman dorang study. bantu dorang apa yang dorang tak paham. bukan "lantakkan" dorang apa dorang nak buat. sampai bila pun budak tu takkan maju.

well. situasi ke tiga adalah kisah benar. ahahaha. abah sendiri membandingkan anak-anak die dengan anak-anak makjang. seriously, bengkek gile la kalau aku dengar abah dok banding dulu-dulu. dorang tak dok asrama, kami semua dok asrama. bila la kan nak belajar masak semua tu. tapi aku tak salahkan abah jugak la. die mesti kesian dengan ibu. ada ramai anak perempuan, tapi semua kerja kena buat sendiri. tapi alhamdulullah la...berontak kami waktu tu je. sekarang masing-masing dah pandai masak walaupun yang basic-basic je. aku sebab dah kawin harus la pandai masak, nyah sendiri rasa nak masak, kakek die lebih ke baking. baby dengan adik still sekolah.

jadi orang jugak kami kan abah.

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea