Wednesday, 27 May 2015

KAWAN

Posted by azira rahman at 16:21 0 comments Links to this post
hi.

semenjak dua menjak ni aku asyik termimpikan kawan aku je. tah kenapa la. rindu sangat kot. lama sangat dah aku tak bersua muka dengan dia. dah semakin jauh la katakan. lagipun siapa la aku ni nak buat tak malu tegur sana sini kan.

kawan, 
semoga kau berbahagia disamping orang-orang yang kau sayang.
walau kita jauh, aku tak pernah lupa untuk doakan ko setiap kali lepas solat.
semoga kau dapat apa yang kau idamkan.

walau kita jauh...
dan semakin jauh...
aku masih berharap,
suatu hari nani kita akan bersama semula.

itu harapan aku.


Sunday, 3 May 2015

keberkatan rezeki

Posted by azira rahman at 16:02 0 comments Links to this post
ibu selalu pesan, cari rezeki yang berkat..cari rezeki yang berkat, jangan curi tulang time kerja, sampaikan aku call waktu kerja pun dia akan cepat-cepat nak putuskan panggilan sebab aku curi tulang katanya. nanti rezeki aku tak berkat.

itu jugak yang aku pesan dengan laki aku. biar rezeki kita sikit, tapi berkat. sebab bila rezeki tu ada keberkatan insyaallah cukup. ibu cakap dulu masa dekat kl, sebelum abah jadi cikgu, abah kerja kutip duit kat public phone kot. *lupa*. gajinya sikit sangat, RM500 je kot sebulan. mana nak bayar sewa rumah lagi, nak makan lagi. tapi alhamdulillah la, rezeki abah adalah rezeki yang berkat. cukup je belanja tiap-tiap bulan.

aku mengaku, dulu aku kerap je tak cukup duit. asal sampai tengah bulan je mula rasa sesak. biasa la...waktu tu aku malas nak pikir pasal keberkatan rezeki ni walaupun ibu ulang-ulang cakap. sampailaa aku pergi umrah, balik umrah pun aku masih sama. tapi sekarang aku dah berniat, aku nak cari rezeki yang berkat untuk keluarga aku, untuk anak aku. insyaallah.

laki aku pun ada cakap, gaji kerja guard malam dia macam tak nampak je ke mana, sedar-sedar dah habis. see....mana nak berkat, pergi tido saja. hewhew. kerja siang dia jugak la yang buat dia mewahkan aku. alhamdulillah.

aku pun nk berpesan kepada semua la...cari rezeki yang berkat. jangan tipu, jangan masuk kerja lambat, balik awal, cuti cakap kerja, kerja half day cakap full day. semua tu senangkan kita sekejap je, senonok dunia orang cakap. jangan berdengki dengan orang, rezeki tu allah yang tentukan. manusia tak ada kuasa nak tentukan rezeki kita. *pesanan untuk diri sendiri jugak*

semenjak nak ada baby ni, terus rasa macam nak kerja sungguh-sungguh. nak besarkan baby dengan duit yang halal, yang berkat. insyaallah.
 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea