Sunday, 3 May 2015

keberkatan rezeki

Posted by azira rahman at 16:02
ibu selalu pesan, cari rezeki yang berkat..cari rezeki yang berkat, jangan curi tulang time kerja, sampaikan aku call waktu kerja pun dia akan cepat-cepat nak putuskan panggilan sebab aku curi tulang katanya. nanti rezeki aku tak berkat.

itu jugak yang aku pesan dengan laki aku. biar rezeki kita sikit, tapi berkat. sebab bila rezeki tu ada keberkatan insyaallah cukup. ibu cakap dulu masa dekat kl, sebelum abah jadi cikgu, abah kerja kutip duit kat public phone kot. *lupa*. gajinya sikit sangat, RM500 je kot sebulan. mana nak bayar sewa rumah lagi, nak makan lagi. tapi alhamdulillah la, rezeki abah adalah rezeki yang berkat. cukup je belanja tiap-tiap bulan.

aku mengaku, dulu aku kerap je tak cukup duit. asal sampai tengah bulan je mula rasa sesak. biasa la...waktu tu aku malas nak pikir pasal keberkatan rezeki ni walaupun ibu ulang-ulang cakap. sampailaa aku pergi umrah, balik umrah pun aku masih sama. tapi sekarang aku dah berniat, aku nak cari rezeki yang berkat untuk keluarga aku, untuk anak aku. insyaallah.

laki aku pun ada cakap, gaji kerja guard malam dia macam tak nampak je ke mana, sedar-sedar dah habis. see....mana nak berkat, pergi tido saja. hewhew. kerja siang dia jugak la yang buat dia mewahkan aku. alhamdulillah.

aku pun nk berpesan kepada semua la...cari rezeki yang berkat. jangan tipu, jangan masuk kerja lambat, balik awal, cuti cakap kerja, kerja half day cakap full day. semua tu senangkan kita sekejap je, senonok dunia orang cakap. jangan berdengki dengan orang, rezeki tu allah yang tentukan. manusia tak ada kuasa nak tentukan rezeki kita. *pesanan untuk diri sendiri jugak*

semenjak nak ada baby ni, terus rasa macam nak kerja sungguh-sungguh. nak besarkan baby dengan duit yang halal, yang berkat. insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea