Wednesday, 12 August 2015

Doktor lelaki sambut kelahiran. Wajar ke???

Posted by azira rahman at 13:07



Lama dah sebenarnya isu doktor lelaki sambut kelahiran ni. Sebelum ni memang aku tak kisah lansung pasal isu ni. Yelaa, bukan aku mengandung pun,bukan aku nak bersalin pun kan.

Alhamdulillah la. Masa aku bersalin haritu, aku dapat doktor perempuan. Doktor india. Masa tu aku dah tak fikir yang aku nak doktor perempuan ke doktor lelaki. Yang aku fikir aku sakit.

Bila dah besalin baru aku lega sebab semua yang terlibat masa aku bersalin tu perempuan. Sampai laa proses jahit luka tu.

Tetiba je ada doktor laki masuk. Muda pulak tu. Dah kenapa die nak masuk??dah selesai kan semua benda. Die macam xde sebab pun masuk dalam tu. Jalan sana,jalan sini. Geram pulak aku tengok.

Pastu die cakap kat doktor india tu nk belajar jahit luka bersalin. What da???!!! Oii kenapa ko nk belajar aku yang kena jadi subjek?? Start die mengadap luka kononnya nk belajar jahit tu,start tu jugak la aku tarik tudung aku tutup muka. Ahaha...of course la serabai gila jadinya. Tapi aku tak kesah dah, dah aku tak boleh nk cover aurat aku,aku cover je la muka ni. 

Nasib baik la sekejap je die hadap aku. Sebab lepas tu senior die datang marah die sebab buang masa kat situ padahal banyak lagi patients. Die pun keluar. So tinggal la aku dengan doktor india tu je. Fuhhh lega. Baru la aku tunjukkan balik muka aku tu. Ehehe...

Kesimpulannya..ko xkan boleh ramal sape yang akan masuk bilik ko tu. Sekarang pun dah ada seluar untuk bersalin,tapi kalau dah spesis doktor tu masuk xguna jugak kan...doa aje laaa..nak lagi selamat bersalin je kat swasta,tapi sedia duit banyak-banyak je la.

1 comments:

CK said...

Masa mak aku bersalinkan kitorang, dia dapat doktor lelaki. Masa tu dia tak kisah dia cakap. Sakit kan.. Dua lagi tu nak keluar. Huhu. Nasib doktor tu expert. Chill je sambut dua baby.

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea