Thursday, 6 August 2015

Overprotective mom

Posted by azira rahman at 22:55
Sejak ada arissa,aku jadi terlalu overprotective. Terlalu...sangat...

Sampaikan kadang-kadang tu dengan adik beradik aku sendiri pun aku berkira. Nampak dorang berkasar je dengan arissa,cepat je tangan aku ni ambik arissa dari tangan dorang. Otak aku sampai xsempat pun nak fikirkan ape laa perasaan dorang bila aku react macamtu. Mesti dorang kecik hati dengan aku kan...semua pun xboleh. Sorry

Ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anak dia kan. Aku punya perancangan untuk arissa tersangat laa banyak. Contohnya, aku nak fully breastfeed arissa sampai 6 bulan, TANPA apa2 makanan tambahan lain, tak nak ajar die isap puting, xnak ajar die berminat dengan gadget dan macam2 tak nak lagi la....

Harapan aku orang sekeliling aku akan support ape yang aku nak buat untuk arissa ni especially husband dengan family aku. Tak payah susah2 suapkan arissa apa2 makanan pun sebelum umur die 6 bulan. Terima kasih saja laa sebab takot arissa lapar. Nanti arissa sakit aku sorang je bersusah payah jage die,orang yang suap tu tah kemana....

Semua apa yang aku nak buat untuk arissa mesti laa benda tu bawak kebaikan kat die,aku takkan buat menda yang memudaratkan die.

Support. Just support me.

Itu je yang aku nak. Bukan aku mintak jagekan arissa pun, tak susahkan orang lain pun kan. Untuk arissa...aku akan tetapkan hati aku,pendirian aku.

Sebab ibu sayang arissa sangat.

0 comments:

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea