Sunday, 9 August 2015

Pengalaman bersalin nur arissa az-zahra

Posted by azira rahman at 17:10
29 june 2015
Aku bangun bersahur macam biasa. Lepas sahur aku baring-baring dulu sementara nak tunggu waktu subuh,tetiba perut aku rasa macam sakit senggugut tu. Mula la aku bersujud. Sebab bila dalam keadaan sujud tu aku rasa aku dapat kurangkan sakit senggugut tu. Tak lama lepas tu sakit hilang.

Pukul 9 aku ada appointment dekat klinik kesihatan. Aku pergi sendiri je naik kereta sebab dekat je and aku tak expect lansung aku akan bersalin haritu. Masa tengah menunggu giliran nak check perut, banyak kali jugak aku rasa sakit tu. Sakit macam senggugut kat bahagian bawah perut. Tapi aku buat bodoh lagi. Ahahaha name pun anak sulung,mana la aku tau tanda nak bersalin tu cemana.

Time nurse check perut aku pun jadi jugak contraction tu. Nurse tu teka aku akan bersalin harini. Aku jawab,harap2 laa nurse. Kahkahkah.

Balik rumah je terus sembang-sembang dengan ibu. Aku bgtau la die yang sakit aku ni dah rasa kerap,tapi tak sakit sangat pun. Sempat lagi main-main dengan ibu dan adik-adik konon nak kira contraction. Penyudahnye aku dok kat dapur tengok dorang masak kuih nak jual. Jujur aku cakap,sakit tu ada cuma tak sakit sangat pun la. Sakit yang aku still boleh tahan.

Hasil bacaan aku kata kalau nak senang besalin kene banyak berjalan. So dalam dok rasa sakit sikit-sikit tu gigih la nak ikut ibu pergi shopping barang dapur. Ibu mati-mati tak nak bawak aku,katanya buat susah die je kalau aku bersalin kat kedai cina tu nanti. Aishh keji je ayat ibu ni kann....

Lepas solat zohor aku baring-baring sebab rasa sakit makin kuat. Sampai satu tahap tu, aku lebih selesa tahan sakit dalam keadaan berdiri. Bila aku dah rasa tak tahan sangat baru ajak ibu pergi hospital. Saja aku taknak pergi hospital awal. Kalau bukaan sikit dorang akan suruh balik jugak kan.

So,sampai hospital sultanah bahiyah yang jaraknya 5 minit je dari rumah aku,aku dengan ibu terus pergi daftar kat kaunter bersalin. Eh tah ape nama kaunter tu tapi orang sakit nak bersalin daftar situ la.

Aku kene masuk dalam sebab dorang nak cek bukaan, jantung baby apa semua. Well bukaan dah 3 cm. Wahhh macam tak percaya je. Boleh terus masuk ward kata nurse. Aku keluar inform kat ibu yang aku boleh masuk ward dah sambil-sambil tu capai nset call laki aku. Bgtau dia dah boleh balik alor setar sebab tak lama lagi nak bersalin. Aku suruh dia bertolak balik lepas berbuka. Kononnya lambat lagi la aku nak bersalin tu.

Sakit makin kerap. Nurse suggest suruh doktor cek lagi bukaan dah berapa. Fuh 5cm dah. Kene masuk labour room terus kata dorang. Time tu la air ketuban aku dipecahkan. Rupanya baby dah berak dalam tu. Ape ni arissa, sakit perut sangat ke berak dalam perut ibu??hehe

Time tu sakit memang dah tak tertahan dah. Nurse doktor dalam tu semua suruh aku baring atas katil. Ehh memang tak laa aku nak baring. Sakit oii..kalau berdiri ke,duduk ke boleh la tahan lagi rasa tu.

Lebih kurang pukul 6 petang aku kene tolak masuk labour room. Aku pun tak sangka macam ni punya cepat proses bersalin aku. Yela selalu aku baca,anak sulung proses nk bersalin tu lama. Bukaan akan bukak 1cm dalam masa 1 jam. Memang tak expect lansung. Alhamdulillah.

Nurse tanya mana suami?nak panggil masuk x? Alahai...sedih beno rasa time tu. "Suami xde, odw dari cameron. Nak panggil ibu masuk teman boleh?". Nurse tu keluar la nak panggil ibu. Time tu pukul 7.15 dah. Nurse bgtau ibu dah balik bukak posa. Ahahahambar....aku lupa ibu nak bukak posa. Sobs. "Xpa,nurse pun boleh teman aih". Ye la nurse, mekasih sangat.

Arissa hampir lemas dalam perut aku disebabkan aku takde tenaga dan contraction aku pendek-pendek. Aku puasa lagi kot haritu, bukak puasa sebelum nak pergi hospital,tu pun minum air tropikana je. So mana la nak datang tenaga nak meneran tu. Doktor dengan nurse dah kelam kabut dah bila jantung arissa dah slow. Aku pun dengar bunyi jantung yg semakin pelan tu. Dengan sisa tenaga yang still ada, aku teran sepenuh hati aku. Aku buat untuk anak aku,zuriat aku. Aku akan buat apa saja untuk dia. Menagis la jugak aku time tu.

Struggle punya struggle, baby arissa yang sangat comel keluar jam 8.06 malam, seberat 2.82kg. Sebelum arissa keluar, aku memang tak tau lansung jantina anak aku. So tersangat laa suprise,pandai arissa. Betul cakap ayu,lepas nampak arissa hilang semua rasa sakit yang aku rasa sebelum tu. Syukur arissa selamat.

Lagi 1 struggle time kene jahit. Arghhh gila kau kene jahit hidup-hidup. Sampai sekarang aku tak boleh nak lupa rasa benang kene tarik kat kulit aku ni. Ngeri wehh...ngeri. Menjerit jerit aku time tu. Tak peduli dah apa orang nak kata. Sampai aku dengar nurse cakap "saya xpernah jumpa patient camni". Lantak! Tapi aku mintak maaf balik tau kat doktor tu sebab aku susahkan kerja dia. Hehe

Suami sampai pukul 11 malam. Jumpe dengan die terus die tanya

"nape xtunggu abang??"

Betuah punya laki.






1 comments:

amelya_azreena said...

mana gambo baby hehe

Post a Comment

 

AZIRA RAHMAN Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea